FOREX

APAKAH FOREX

Forex pasaran yang memperlihat pesertanya dibenarkan untuk membeli, menjual, menukar dan membuat spekulasi ke atas mata wang. Pasaran terdiri daripada bank, syarikat komersial, pusat bank, firma pengurusan pelaburan, dana lindung nilai dan pelabur. Pada masa ini, pasaran Forex dianggap sebagai pasaran kewangan terbesar di dunia yang mempunyai nilai perolehan setiap hari yang melebihi $3.2 trilion, tiga kali ganda lebih banyak daripada jumlah gabungan pasaran Ekuiti dan Perbendaharaan AS. Isi padu dagangan telah meningkat secara mendadak terutamanya selepas kadar pertukaran dibenarkan untuk terapung dengan bebas pada 1971.

Selain itu, Forex dipercayai adalah pasaran kewangan paling efisien disebabkan oleh pasaran mata wang yang besar dan cair serta ia terdiri daripada rangkaian komputer global yang menghubungkan peserta dari seluruh dunia.

SEJARAH FOREX

Suatu masa dahulu, ekonomi dunia adalah berdasarkan sistem barter yang memperlihat nilai sesuatu barangan diukur dengan nilai pertukarannya dengan barangan lain. Namun, sistem ini mempunyai sekatan yang jelas kelihatan- tiada cara untuk mendapatkan barang yang dikehendaki apabila tiada barang yang bernilai untukditukarkan. Keadaan ini telah mencipta keperluan untuk mewujudkan langkah jual beli yang lebih sesuai dalam sejarah awal. Dalam budaya dan ekonomi berlainan, apa-apa sahaja boleh dianggap bernilai asalkan terdapat keperluan untuknya. Lambat laun, besi berharga seperti emas dan perak telah menjadi piawaian kewangan.Sejarah Forex atas talian pada masa kini bermula pada 1973 walaupun perdagangan mata wang telah wujud sejak zaman Mesir Purba, yang pada waktu itu, pasaran yang wujud amatlah prasejarah dan tidak terdapat alat dagangan canggih. Mata wang syiling pertama telah diguna semasa era Pharos dan wang kertas pertama kemudiannya telah diperkenalkan oleh orang Babilon. Selepas itu, syiling roman iaitu aureus telah diguna yang diikuti dengan denarius. Kedua-dua syiling tersebut telah digunakan di seluruh dunia, menjadikan mereka mata wang asing syiling global yang pertama.Sebelum Perang Dunia Pertama bermula, “piawaian emas” telah dikenakan untuk membenarkan hanya satu mata wang nasional ditukarkan untuk mengelakkan pengaliran sewenang-wenangnya yang mempercepat inflasi tetapi piawaian ini tidak mampu menyelesaikan kesemua masalah. Tidak ramai orang yang mengambil kesempatan daripada amalan ini kerana ramai merasakan ia tidak perlu bagi kerajaan untuk menyimpan rizab emas di pusat bank mereka.Ekonomi sesebuah negara yang semakin maju membawa kepada peningkatan import sehingga pada suatu tahap, sumber emas telah kehabisan. Maka, jumlah wang yang diedarkan telah berkurangan akibat peningkatan kadar faedah dan aktiviti ekonomi semakin perlahan ke tahap kemelesetan.Selepas Perang Dunia ke-2, ketidakstabilan besar telah berlaku. England dan negara Eropah lain telah terjejas teruk selepas peperangan berakhir manakala ekonomi AS agak stabil dan kuat. Dolar juga menjadi mata wang rizab global baru dan telah kekal demikian sepanjang sejarah Forex. Perjanjian Bretton Woods telah diwujudkan ketika itu yang mengatakan kadar pertukaran mata wang nasional ditetapkan berdasarkan dolar dan dolar sendiri dikaitkan dengan emas iaitu harga setiap auns bersamaan 35 dolar. Negara-negara peserta telah bersetuju untuk mengekalkan nilai mata wang mereka dengan margin tipis berbanding dengan dolar dan kadar emas yang sama diperlukan. Penurunan nilai mata wang untuk kelebihan dagangan negara tidak dibenarkan dan hanya dibenarkan apabila penurunan nilai adalah kurang daripada 10%. Suatu rangkaian kewangan antarabangsa telah diwujudkan.Namun, pembangunan ekonomi global selepas peperangan dan peningkatan dagangan antara negara menuntut pertimbangan semula kadar yang ditetapkan dan pada 1971, perjanjian telah digantung buat sementara waktu. US dolar tidak lagi boleh ditukar kepada emas.Mulai tahun 1973, mata wang negara perindustrian yang utama terapung dengan lebih bebas. Mata wang dikawal terutamanya melalui kuasa penawaran dan permintaan. Harga telah terapung setiap hari dengan kesemua isi padu, kelajuan dan turun naik harga meningkat sepanjang tahun 1970-an yang membawa kepada instrumen kewangan baru, penyahkawalseliaan pasaran dan liberasi dagangan. Pada 1994, perdagangan mata wang atas talian pertama telah diperkenalkan dalam sejarah Forex. Sebagai ringkasan, proses evolusi Forex boleh dilihat di carta aliran di atas.

PASARAN FOREX

Ia mempunyai kecairan paling dalam, akses paling luas dan yuran permulaan yang rendah antara mana-mana pasaran kewangan di dunia. Pasaran Forex adalah pasaran kewangan seluruh dunia yang dijalankan di kaunter yang tidak berpusat. Maka, Forex beroperasi selama 24 jam dan merangkami satu zon kepada zon lain di dalam kesemua pusat kewangan utama. Jika sesi Eropah telah tamat, sesi Asia atau AS akan bermula, maka mata wang dunia sentiasa didagangkan secara berterusan kecuali hujung minggu. Pusat dagangan utama adalah London tetapi New York, Tokyo, Hong Kong dan Singapura adalah pusat yang penting juga. Bank-bank di seluruh dunia juga turut serta dalam pasaran Forex. Pedagang bertindak balas terhadap berita yang diterbitkan daripada hanya menunggu pasaran untuk buka seperti kebanyakan pasaran lain. Berita signifikan disebarkan kepada umum supaya semua orang di dunia menerima berita sama pada masa yang sama. Pengaliran wang sebenar termasuk jangkaan keadaan makro ekonomi global biasanya menjadi sumber turun naik kadar pertukaran Forex.

PASANGAN MATA WANG

Dalam Forex, mata wang didagangkan antara satu sama lain. Setiap pasangan mata wang terdiri daripada produk dagangan individu dan dilihat sebagai XXX/YYY yang memperlihat XXX dan YYY sebagai kod tiga abjad antarabangsa ISO bagi mata wang yang terbabit. Mata wang pertama (XXX) adalah mata wang asas yang dpetik berdasarkan mata wang kedua (YYY) yang biasanya dinamakan mata wang sebut harga. Sebagai contoh, 1.5710- kadar pertukaran bagi EUR/USD adalah harga pound sterling yang dinyatakan dalam Dolar AS, iaitu 1 pound sterling = 1.5710 Dolar. Mata wang dagangan yang paling terkenal telah disenaraikan dalam jadual di bawah termasuk kod ISOnya.

Mata Wang Dolar Amerika Syarikat Euro Pound sterling Yen Jepun Dolar Australia Dolar New Zealand Franc Swiss Dolar Kanada
Kod ISO (simbol) USD ($) EUR (€) GBP (£) JPY (¥) AUD ($) NZD ($) CHF (Fr) CAD ($)

Menurut kajian oleh Penempatan Antarabangsa Bank (BIS), produk yang paling banyak didagangkan adalah:

  1. EURUSD: 27%
  2. USDJPY: 13%
  3. GBPUSD: 12%

dan mata wang AS terlibat dalam 84.39% daripada transaksi, diikuti oleh euro (39.1%), yen (19.0%) dan sterling(12.9%). Jumlah peratusan untuk semua mata wang individu haruslah mempunyai jumlah besar sebanyak 200%, memandangkan setiap transaksi melibatkan dua mata wang.