FOREX

ANALISIS TEKNIKAL

Dalam seksyen ini, anda akan mengenali analisis teknikal bagi perdagangan Forex. Kami sentiasa memberikan yang terbaik untuk membekalkan anda dengan pengetahuan perdagangan Forex yang paling tepat dan terkini. Lebih bahan akan ditambah sambil masa berlalu. Sila nikmati pembelajaran anda.

Analisis teknikal adalah metod analisis matematik untuk meramalkan hala tuju harga degan menganalisis statistik yang dihasilkan oleh aktiviti pasaran seperti harga dan isi padu sebelumnya. Analisis teknikal menggunakan model dan peraturan perdagangan yang berdasarkan transformasi harga dan isi padu. Penganalisis teknikal menggunakan carta dan alat lain untuk mengenal pasti corak yang boleh mencadangkan aktiviti masa depan dan bukannya cuba untuk mengukur nilai intriksik sesuatu sekuriti. Perbezaan antara analisis teknikal dan fundamental adalah analisis teknikal menganalisis harga, isi padu dan maklumat pasaran lain manakala analisis fundamental menilai fakta sebenar pasaran, mata wang atau komoditi. Kebanyakan institusi broker atau kewangan akan mempunyai kedua-dua pasukan analisis teknikal dan fundamental. Terdapat 3 andaian asas untuk diikuti dalam analisis teknikal:

  • Segala-galanya harus dianggap sebagai pergerakan pasaran. Analisis teknikal hanya mempertimbangkan pergerakan harga dan mengabaikan faktor fundamental syarikat. Harga pasaran mendedahkan segala-galanya yang boleh mempengaruhi syarikat- termasuk faktor fundamental. Ia dipercayai bahawa fundamental syarikat, faktor ekonomi dan psikologi pasaran, kesemuanya mempunyai harga; menghapuskan keperluan untuk mempertimbangkan faktor tersebut secara berasingan.
  • Pergerakan Harga dalam Trend Pergerakan harga dipercayai mengikuti trend. Selepas suatu trend telah dibentuk, pergerakan harga masa depan cenderung untuk bergerak dalam arah yang sama dengan trend berbanding bertentangan dan ia biasanyakan berlanjutan untuk suatu tempoh masa. Kebanyakan strategi dagangan teknikal adalah berdasarkan andaian ini.
  • Sejarah Cenderung untuk Berulang Sejarah berulang semula dengan corak yang biasa dan boleh diramalkan. Corak tersebut dihasilkan oleh pergerakan harga dan dipanggil isyarat.Objektif seorang penganalisis teknikal adalah untuk mengetahui isyarat semasa pasaran. Disebabkan oleh pengulangan pergerakan harga, peserta pasaran cenderung untuk memberikan reaksi yang konsisten dengan rangsangan pasaran dari masa ke masa.

Biasanya untuk keputusan perdagangan jangka pendek pedagang, mereka kerap menggunakan Analisis Teknikal. Perdagangan jangka pendek ini boleh dibahagikan kepada perdagangan harian dan pelaburan jangka pendek. Pedagang harian adalah mereka yang membuka dan menutup kedudukannya pada hari yang sama. Dalam pasaran pertukaran asing, penggunaan analisis teknikal mungkin lebih meluas daripada analisis fundamental. Namun, ia tidak bermakna bahawa analisis teknikal lebih sesuai untuk pasaran asing.

Analisis teknikal banyak digunakan oleh pedagang disebabkan satu alasan mudah- ia berkesan. Dengan analisis teknikal sebagai alat dagangan utama, terdapat beribu pedagang yang mendapat keuntungan dalam pasaran berulang kali. Namun, analisis teknikal bukanlah “Mangkuk Suci” (Holy Grail), ia adalah berdasarkan matematik dan statistik. Ia melihat prestasi sejarah mata wang dan menggunakan teknologi moden untuk menganalisis tingkah laku masa depan harga. Pedagang yang menggunakan analisis teknikal memasukkan maklumat harga lepas ke dalam suatu program komputer yang akan membekalkan satu siri data berkaitan dengan corak harga. Kesemua corak ini dinilai dengan pergerakan harga waktu sebenar dan ramalan dibuat. Maka, begitulah caranya analisis teknikal boleh menjadi sangat tepat dalam meramalkan harga masa depan. Selain itu, analisis teknikal mudah untuk diikuti berbanding analisis fundamental disebabkan penggunaan fakta dan statistiknya berbanding maklumat data yang perlu diinterpretasi. Maka, analisis teknikal adalah lebih mudah untuk dikuasai berbanding analisis fundamental yang memerlukan latihan selama bertahun untuk dipelajari.

Kekuatan utama analisis teknikal adalah fleksibilitinya. Ia adalah fleksibel dan boleh diaplikasikan kepada mana-mana pasaran dengan mudah; sama ada spot atau niaga hadapan, sebarang mata wang dan juga kerangka waktu. Prinsip teknikal yang sama boleh digunakan untuk berdagang mata wang lain apabila mata wang yang sedang didagangkan mempunyai pergerakan yang kurang. Fungsi Indikator Teknikal dan Pelan Dagangan:

  • Fokus dan guna indikator yang paling umum yang digunakan oleh kebanyakan pedagang yang berjaya. Kebanyakan indikator umum yang digunakan oleh pedagang adalah Anjakan Fibonacci, Purata Bergerak, Perbezaan Penumpuan Purata Bergerak (MACD) dan Indeks Kekuatan Relatif (RSI). Beberapa indikator teknikal boleh mengenal pasti poin masuk dan keluar yang bagus di dalam pasaran. Sesetengah pula mengenali trend manakala yang lain menentukan kekuatan dan kemampanan trend tersebut dari masa ke masa. Tambahan pula, ia amat penting untuk memilih alat dagangan yang sesuai dengan gaya perdagangan anda dan sentiasa berpegang pada mereka.
  • Seterusnya, pedagang harus membangunkan pelan dagangan mereka tersendiri termasuk pengurusan risiko bagi mengawal risiko dan mempunyai gambaran jumlah pip, keuntungan yang akan diperoleh oleh mereka daripada suatu dagangan. Analisis teknikal berfungsi dengan baik bersama pelan dagangan untuk pedagang menjadi lebih disiplin dan meminimumkan emosi mereka. Emosi adalah pembunuh nombor satu di dalam pasaran pertukaran asing. Sebaik sahaja pelan dagangan dibangunkan melalui analisis teknikal dan kemahiran carta, pedagang harus berdagang dan mengikuti pelan.

Dalam analisis teknikal, perkara pertama adalah carta. Carta digunakan kerana mereka adalah langkah paling mudah untuk mengggambarkan data sejarah. Dalam pasaran pertukaran asing, biasanya terdapat 3 jenis carta; carta garisan, carta bar dan carta bar lilin. Antara carta tersebut, carta bar lilin adalah carta kegemaran kerana ia membekalkan lebih banyak maklumat dengan struktur satu harga berbanding dengan carta lain dan ianya senang untuk digambarkan.

  • CARTA GARISAN Ia adalah jenis carta yang paling asas. Ia adalah satu garisan yang dihubungkan dengan kesemua harga penutupan bagi suatu tempoh masa. Maka, ia tidak memberi banyak maklumat lain kecuali harga penutupan.
  • CARTA BAR Carta bar adalah satu carta yang lebih baik yang membekalkan lebih banyak maklumat seperti harga terbuka, tertutup, tinggi dan rendah dalam bar tunggal. Setiap bar melambangkan suatu tempoh masa. Maka, carta bar menunjukkan corak harga yang berbeza dari masa ke masa.
  • CARTA BAR LILIN Carta bar lilin hampir sama dengan carta bar, membekalkan maklumat yang sama dengan satu-satunya perbezaan adalah carta bar lilin mempunyai struktur badan yang berwarna-warni. Dengan penampilan struktur badan yang berwarna-warni,ia kelihatan seperti lilin. Maka, ia dipanggil carta bar lilin. Carta bar lilin lebih mudah untuk digambarkan dengan grafik berwarnanya dan maka, ia menjadi carta kegemaran untuk digunakan. Di bawah adalah gambaran ketiga-tiga carta tersebut; garisan, bar dan bar lilin (dari kiri ke kanan).

Kadang-kala, pembalikan arah trend boleh dilihat dengan mengenal pasti beberapa corak carta asas termasuk kajian garisan. Berikut adalah beberapa corak carta yang mudah dilihat: Sokongan dan Halangan Sokongan dan halangan adalah antara konsep yang paling kerap digunakan dan efektif dalam perdagangan Forex. Halangan adalah tahap harga yang memperlihat tekanan jualan melebihi tekanan belian. Manakala, sokongan adalah tahap harga yang memperlihat tekanan belian melebihi tekanan jualan. Setiap pedagang mempunyai cara mereka tersendiri untuk mengukur tahap sokongan dan halangan mereka. Tahap sokongan dan halangan ini menjelaskan kuasa membeli atau menjual semasa di dalam pasaran. Pada tahap halangan, kuasa membeli semakin berkurangan dan semakin banyak kuasa yang diperlukan untuk keluar daripada tahap itu dan sebaliknya akan berlaku bagi tahap sokongan. Semakin kerap harga telah diuji dengan tahap sokongan dan halangan tanpa dipecah, trend yang besar akan berlaku dan dikekalkan melebihi suatu waktu bergantung kepada betapa kuatnya pegangan sokongan dan halangan yang telah dipecahkan. Jika harga gagal untuk memecahkan tahap sokongan atau halangan yang kukuh, pembalikan arah trend akan berlaku tidak lama lagi. Tahap halangan yang kukuh akan bertukar menjadi tahap sokongan kukuh jika ia ditembusi dan sebaliknya.

  • Dua kali ganda ke atas dan dua kali ganda ke bawah Dua kali ganda adalah pembentukan yang popular, yang muncul dalam bentuk “M” dalam carta analisis teknikal. Dua kali ganda ke atas berlaku apabila harga membentuk dua puncak berbeza di carta. Dua kali ganda ke atas melambangkan corak pembalikan trend harga yang meningkat. Dalam erti kata lain, ia menandakan trend meningkat yang dalam proses menjadi trend menurun. Dua kali ganda ke bawah adalah bertentangan dengan dua kali ganda ke atas.
  • Kepala dan Bahu dan Kepala dan Bahu Songsang Pembentukan Kepala dan Bahu adalah antara corak pembalikan utama yang paling dipercayai dan terkenal. Ia juga antara pembentukan paling popular yang telah dikaji beribu kali oleh penganalisis. Pembentukan Kepala dan Bahu terdiri daripada bahu kiri, kepala dan bahu karan serta satu garisan yang dilukis sebagai garis leher. Corak garis leher yang dilukis menunjukkan tahap sokongan dan anggapan tidak boleh dibuat bahawa pembentukan Kepala dan Bahu adalah lengkap melainkan ia telah pecah. Dalam corak carta ini, harga telah meningkat kepada satu puncak dan kemudiannya, menurun. Selepas itu, harga telah meningkat melebihi puncak sebelumnya dan menurun lagi. Akhirnya, ia meningkat lagi tetapi tidak mencapai puncak kedua dan menurun sekali lagi. Situasi adalah bertentangan bagi Kepala dan Bahu Songsang.
  • Segi tiga (menaik, meningkat, menurun) Dalam corak carta, terdapat tiga jenis segi tiga yang berbeza (simetri, meningkat dan menurun). Segi tiga dihasilkan dengan melukis dua garisan trend di samping turun naik harga dan dua garisan tersebut akan bersilang pada satu poin tertentu. Maka, bentuk segi tiga akan terhasil. Corak carta segi tiga adalah kaedah yang sangat menonjol untuk meletakkan poin masuk bagi dagangan. Segi tiga boleh menjadi corak penerusan atau pembalikan bergantung kepada hala tuju yang harga pasaran pecah keluar daripada segi tiga. Sebaik sahaja harga keluar, ia adalah waktu tepat untuk memasukinya memandangkan ia mempunyai banyak potensi untuk bergerak dalam arah yang ia keluar.

Anjakan Fibonacci Anjakan Fibonacci adalah perlu bagi sokongan dan halangan. Ia telah dinamakan selepas mereka menggunakan urutan Fibonacci. Anjakan Fibonacci adalah potensi menjejak semula pergerakan harga yang kemudiannya akan terus bergerak ke arah asal. Anjakan Fibonacci dihasilkan dengan melukis garisan trend yang menghubungkan dua poin Ayun Tinggi dan Ayun Rendah yang kemudiannya membahagikan jarak menegak dengan ratio Fibonacci utama sebanyak 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8% dan 100%. Selepas itu, beberapa garisan mendatar akan dihasilkan untuk menandakan kawasan sokongan atau halangan pada tahap Fibonacci utama sebelum ia terus bergerak ke arah asal. Tahap yang mempunyai penekanan yang paling banyak biasanya adalah tahap pertengahan (38.2%, 50% dan 61.8%). Namun, peluang untuk berjaya boleh ditingkatkan dengan menggunakan alat Fibonacci bersama-sama tahap sokongan dan halangan lain, garisan trend dan corak carta untuk tujuan mengenal pasti poin masuk dan keluar yang ideal.

Indikator teknikal adalah alat bagi formula perdagangan kuantitatif dan adalah hasil daripada pengiraan matematik berdasarkan tanda-tanda harga dan/atau isi padu dengan data semasa atau lepas. Indikator teknikal telah dibangunkan oleh penganalisis teknikal pada suatu ketika dulu. Kini, terdapat beratus indikator teknikal umum yang tersedia di dalam pasaran. Indikator teknikal ingin meramalkan tahap harga masa depan atau sekadar hala tuju umum harga. Secara asasnya, indikator teknikal boleh dibahagikan kepada dua kategori utama: indikator trend atau indikator momentum. Contoh indikator trend adalah purata bergerak, parabola berhenti dan terbalik (SAR) dan sebagainya manakala indikator momentum adalah MACD, RSI, Stokastik dan sebagainya. Indikator momentum menentukan kekuatan atau kelemahan suatu trend sambil ia berkembang dari masa ke masa.

  • Purata Bergerak Purata bergerak adalah purata pergerakan harga atau dalam erti kata lain, purata harga bagi instrumen kewangan dalam tempoh masa tertentu. Garisan adalah lebih lancar jika tempoh waktu lebih lama digunakan. Pelicinan data ini telah menjadikan Purata Bergerak suatu alat popular untuk mengenal pasti trend harga dan pembalikan arah trend. Terdapat tiga jenis purata bergerak:
    • Purata Bergerak Mudah (SMA) SMA dikira dengan menjumlahkan harga-harga bagi beberapa tempoh tertentu dan kemudiannya dibahagikan dengan jumlah tempoh tersebut.
    • Purata Bergerak Berwajaran Linear (LWMA) LWMA memperuntukkan lebih banyak tekanan kepada data harga paling terkini dalam pengiraan berbanding penekanan yang sama bagi SMA.
    • Purata Bergerak Eksponen (EMA) EMA hampir sama dengan LWMA yang memperlihat kedua-dua memperuntukkan lebih banyak tekanan kepada data paling terkini. Namun, EMA mengekalkan kesemua datanya berbanding melepaskan data paling lamanya dalam tempoh tertentu seperti yang dilakukan oleh LWMA.

    Perbezaan antara ketiga-tiga jenis purata bergerak tersebut hanya pada cara mereka dikira dan sama ada mereka meliputi kesemua data yang terdapat atau hanya data dalam tempoh tertentu diambil kira dalam pengiraan. Maka, setiap purata bergerak mempunyai ciri mereka yang tersendiri. Lambat-laun, mereka akan bertindak kepada perubahan dalam harga tersirat pada kadar berbeza. Peluang untuk membeli atau menjual mungkin berlaku pada poin persilangan bagi gabungan tempoh purata bergerak yang berbeza.

  • Perbezaan Penumpuan Purata Bergerak (MACD) Perbezaan Penumpuan Purata Bergerak (MACD) adalah antara indikator momentum tersedia yang paling mudah dan efektif dalam mengikuti trend. MACD adalah perhitungan perbezaan antara harga penutupan dua purata bergerak (tolak purata bergerak yang lebih panjang daripada purata bergerak yang lebih pendek). Perbezaan ini telah dicatatkan dari masa ke masa di samping purata pergerakan bergerak. Perbezaan antara kedua-duanya ditunjukkan sebagai histogram atau graf bar. MACD akan turun naik di atas dan bawah garis sifar yang juga dikenali sebagai garis tengah.Terdapat tiga cara umum untuk menginterpretasi MACD.
    • GARIS MENYEBERANGI ISYARAT Garis menyeberangi isyarat adalah isyarat MACD paling biasa. Dalam tetapan asal, garis isyarat adalah EMA 9 hari. Pentafsiran standard di sini adalah untuk membeli apabila garisan MACD menyeberang ke atas melalui garisan isyarat atau menjual apabila ia menyeberang ke bawah melalui garisan isyarat. Pergerakan ke atas dipanggil menyeberangi kenaikan harga (bullish crossover) manakala pergerakan ke bawah adalah menyeberangi penurunan harga (bearish crossover). Pada masa yang sama, mereka juga menandakan bahawa trend akan meningkat ke arah penyeberangan (crossover).
    • GARIS MENYEBERANGI SIFAR Menyeberangi garis tengah adalah antara signal MACD yang paling umum. Penyeberangan garis MACD melalui garis sifar berlaku apabila tiada perbezaan antara purata bergerak pantas dan perlahan. Di atas garis sifar adalah positif manakala di bawah garis sifar adalah negarif. Pergerakan dari positif ke negatif adalah penurunan harga (bearish) manakala dari negatif ke positif adalah kenaikan harga (bullish). Menyeberangi garis sifar bagaimanapun mempunyai pengesahan yang lebih kurang mengenai momentumnya berbanding garis menyeberangi isyarat.
    • PERBEZAAN Divergence merujuk kepada perbezaan antara garis MACD dengan harga. Perbezaan positif antara MACD dan harga berlaku apabila harga telah mencapai tahap rendah yang baru tetapi bukan MACD. Keadaan ini menghasilkan isyarat kenaikan harga (bullish) yang menandakan aliran momentum yang menurun telah berakhir. Untuk perbezaan negatif, syaratnya bertentangan dengan perbezaan positif.
    • BATASAN MACD Walau bagaimanapun, MACD mempunyai batasannya. Ia gagal untuk bertindak balas dalam keadaan pasaran yang mempunyai turun naik yang sangat rendah atau sangat tinggi kerana disebabkan MACD berdasarkan purata bergerak, maka wujud suatu indikator yang ketinggalan. MACD juga tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti tahap pembelian atau penjualan berlebihan kerana ia tidak mempunyai had atasan atau bawahan untuk mengikat pergerakannya. MACD boleh terus melebihi sejarah (pembelian atau penjualan berlebihan) semasa pergerakan tajam. Namun, pedaganga yang mahir boleh mengatasi batasan berikut dengan menggabungkan aplikasi beberapa indikator teknikal.