COMPANY PROFILE

POLISI PRIVASI

OBJEKTIF

FxCitizen mengambil privasi kliennya sebagai keutamaan paling tinggi dalam perniagaan ini. Syarikat mengiktiraf dan menghormati hak asas manusia untuk privasi dengan penuh etika dalam menjalankan perniagaannya. Memandangkan klien adalah kunci utama bagi perniagaan kami, kami bangga dengan kebertanggungjawaban penuh kami dalam menyediakan sekuriti bagi maklumat peribadi dan privasi klien. Ketentuan notis ini dikenakan kepada semua klien dan juga pembekal perkhidmatan kami.

MAKLUMAT PERIBADI

FxCitizen berhak mengumpulkan maklumat peribadi anda untuk tujuan perniagaan dan mematuhi Polisi Anti Pengubahan Wang Haram. Maklumat yang dikumpulkan hanya akan digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti penyimpanan data peribadi anda, penilaian keperluan kewangan anda, pemprosesan permohonan dan transaksi anda, pemberitahuan tentang produk dan perkhidmatan yang anda mungkin tertarik dengan dan pembekalan perkhidmatan pelanggan. Maklumat tersebut mungkin meliputi:

  • Maklumat asas
    Maklumat yang anda bekalkan kepada kami semasa permohonan untuk akaun dagangan dan borang lain seperti nama, alamat, tarikh lahir, nombor keselamatan sosial, pekerjaan, aset dan pendapatan.
  • Maklumat transaksi
    Maklumat tentang transaksi anda dengan kami dan rakan gabungan kami termasuk maklumat tentang komunikasi kami dengan anda yang meliputi baki akaun, aktiviti dagangan, pertanyaan anda dan maklum balas kami.
  • Maklumat pengesahan
    Maklumat yang diperlukan untuk mengesahkan identiti dan status penempatan anda seperti pasport atau lesen memandu. Contoh juga meliputi maklumat latar belakang anda yang kami terima daripada rekod awam atau daripada entiti lain yang bukan rakan gabungan FxCitizen.

PERKONGSIAN MAKLUMAT

  • Rakan Gabungan FxCitizen boleh berkongsi maklumat peribadi anda seperti yang dijelaskan di atas dengan rakan gabungan kami untuk tujuan perniagaan seperti tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan akaun pelanggan dan memaklumkan pelanggan tentang produk atau perkhidmatan baru atau membantu dalam aktiviti dagangan syarikat, rakan gabungannya atau stafnya dan seperti yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan. Rakan gabungan kami mungkin meliputi syarikat yang dikawal atau dimiliki kami termasuk syarikat yang mempunyai kepentingan pemilikan dalam syarikat kami dan wakil yang disahkan oleh kami. Maklumat yang kami kongsi dengan rakan kongsi mungkin meliputi maklumat asas seperti nama, alamat, rekod transaksi dan maklumat akaun anda. Rakan gabungan kami bertanggungjawab untuk mengekalkan privasi maklumat anda kepada tahap sama dengan FxCitizen seiring dengan Polisi ini.
  • Pihak Ketiga Pendedahan pihak ketiga mungkin meliputi perkongsian maklumat tersebut dengan syarikat yang bukan rakan gabungan yang menjalankan perkhidmatan sokongan bagi akaun anda atau memudahkan transaksi anda dengan FxCtizen, termasuk mereka yang memberikan nasihat profesional, perundangan atau perakaunan kepada kami. Syarikat yang bukan rakan gabungan yang membantu FxCitizen menyediakan perkhidmatan kepada anda dikehendaki memenuhi kerahsiaan maklumat tersebut ke tahap mereka menerimanya dan menggunakan maklumat peribadi anda hanya untuk pembekalan perkhidmatan tersebut dan hanya untuk tujuan yang dinyatakan. Kami juga mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk memenuhi permohonan anda atau menurut persetujuan yang anda nyatakan.
  • Peraturan Pendedahan FxCitizen mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang dibenarkan oleh atau seiring dengan undang-undang dan peraturan berkenaan. Sebagai contoh, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi penguatkuasa undang-undang untuk mematuhi sepina atau permintaan rasmi lain dan apabila perlu untuk melindungi hak atau harta kami.

KESELAMATAN INTERNET

  • Tentang CookieCookie adalah fail yang mengandungi maklumat yang digunakan oleh suatu laman web untuk mengesan pelawatnya. FxCitizen mungkin menetapkan dan mengakses cookie kami dalam sistem anda yang membenarkan kami mempelajari iklan dan promosi yang membawa anda kepada kami. FxCitizen atau mana-mana bahagiannya mungkin menggunakan cookie dalam sambungan dengan produk dan perkhidmatan kami untuk mengesan aktiviti anda di laman web kami. Maklumat tersebut yang kami kumpul dan kongsi adalah tanpa nama dan tidak boleh dikenal pasti identitinya.
  • Keselamatan TeknologiFxCitizen dilengkapi dengan teknologi penyulitan Lapisan Soket Selamat (SSL) untuk melindungi maklumat tertentu yang anda hantar kepada kami. Hal ini adalah untuk melindungi maklumat anda daripada dipintas oleh orang lain selain kami semasa ia sedang dihantar kepada kami. Kami juga menggunakan sistem keselamatan lain seperti tembok api, sistem pengesahan (seperti kata laluan dan nombor pengenalan peribadi) dan mekanisme kawalan akses untuk melindungi daripada akses yang tidak dibenarkan kepada sistem dan data. Kami mengambil sepenuh perhatian untuk memastikan laman web kami selamat dan memenuhi piawaian industri.

LAIN-LAIN

Selain daripada yang telah dijelaskan dalam Polisi Privasi ini, FxCitizen tidak akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan lain melainkan kami telah menjelaskan bagaimana maklumat tersebut akan digunakan semasa anda mendedahkannya kepada kami atau kami telah mendapatkan kebenaran daripada anda untuk berbuat demikian.

Penjualan maklumat adalah dilarang sama sekali bagi staf syarikat, rakan gabungan kami dan pihak ketiga lain. Sebarang tindakan yang didapati mungkin dibawa ke badan perundangan untuk dihukum.

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan tentang privasi maklumat anda di FxCitizen, sila hubungi kami di  account@fxcitizen.com