AKTIVITI

PERTANDINGAN BULANAN FXCITIZEN

Mulai bulan September ini, anda boleh menyertai salah satu Pertandingan Bulanan FxCitizen sebenar yang hebat dengan jumlah hadiah sehingga 15,000 USD setiap bulan. Pertandingan akan diadakan dua kali sebulan dan setiap Pertandingan mengambil tempoh masa dua minggu untuk anda meningkatkan keuntungan anda. Terdapat Pertandingan Utama dan Pertandingan Mini untuk anda pilih yang masing-masing memerlukan dana sebenar 300 USD dan 100 USD untuk menyertainya bagi satu akaun. Sudah pasti hadiah Pertandingan Utama lebih lumayan daripada Pertandingan Mini. Untuk memastikan keadilan, semua peserta akan bertanding dengan jumlah kapital yang sama, dengan tambahan 10% bonus. Sebarang deposit atau pengeluaran yang dilakukan ketika tempoh pertandingan akan dibatalkan kelayakannya secara automatik. Namun, akaun masih boleh digunakan untuk berdagang secara biasa sebagai akaun Standard Mini. Ekuiti bagi Akaun Pertandingan akan dibawa ke hadapan selepas Pertandingan tamat dan ditukarkan kepada akaun Standard Mini untuk perdagangan biasa.

Peringatan bahawa ini adalah Pertandingan Fx Sebenar yang menggunakan dana sebenar untuk berdagang. Semua keuntungan atau kerugian yang diperoleh adalah tanggungjawab peserta sendiri.

Sila baca terma dan syarat penuh di bawah sebelum menyertainya. Dengan menyertai Pertandingan ini, Klien dianggap telah membaca dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan memandangkan anda telah bersetuju dan menurunkan tandatangan semasa proses penyertaan.

Syarat Berdagang:
Leveraj 1:500; 10% Bonus; Tanpa-Swap; 4 digit pasangan Forex sahaja, saiz order min 0.1 lot, saiz order mak 100 lot; tahap S/O 30%; EA dibenarkan
Modal: 300USD untuk Pertandingan Utama dan 100USD untuk Pertandingan Mini

CARA MENYERTAI & MENANG

TERMA & SYARAT

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pedagang dan menggunakan modal sebenar untuk berdagang. Semua keuntungan atau kerugian yang diperoleh adalah tanggungjawab peserta sendiri.
  2. Klien dibenarkan untuk membuka seberapa banyak akaun Pertandingan selagi terdapat modal mencukupi untuk setiap akaun tersebut. Namun, teknik lindung nilai untuk meningkatkan peluang menang suatu akaun secara sengaja tidak dibenarkan sama sekali dan akan membatalkan kelayakannya.
  3. Semua penyertaan dan pemindahan dana mesti dibuat sebelum Pertandingan bermula untuk memastikan berjaya menyertai Pertandingan tersebut. Peserta yang tidak berkesempatan menyertainya perlu menyertai Pertandingan seterusnya.
  4. Setiap Pertandingan akan diadakan selama 2 minggu. Dagangan hanya dibenarkan selepas Pertandingan bermula seperti yang dinyatakan.
  5. Untuk memastikan Pertandingan adalah adil, semua peserta akan bermula dengan modal yang sama. Sebarang deposit atau pengeluaran yang dilakukan semasa tempoh pertandingan akan dibatalkan kelayakan akaun peserta secara automatik. Akaun pertandingan akan ditukar kepada akaun Standard Mini untuk perdagangan biasa.
  6. Penggunaan latensi arbitraj tidak dibenarkan sama sekali dan peraturan 2 minit scalping juga dikenakan.
  7. 10% Bonus akan ditolak apabila Baki menjadi negatif atau modal telah hilang sepenunhnya, mana-mana yang berlaku dulu.
  8. Apabila Pertandingan tamat, FxCitizen akan memeriksa akaun yang menduduki 10 kedudukan teratas untuk sebarang penipuan semasa berdagang. Akaun yang menipu akan dibatalkan kelayakannya atau hadiah akan diberikan mengikut Jadual Kedudukan.
  9. Kesemua Akaun Pertandingan akan ditukar kepada akaun Standard Mini apabila pertandingan tamat dan klien boleh berdagang seperti biasa menggunakan akaun tersebut.
  10. FxCitizen mempunyai hak untuk menolak atau membatalkan Akaun Pertandingan pada bila-bila masa dalam keadaan didapati atau disyaki terlibat dalam penggunaan tidak berhemah atau penyalahgunaan terma atau sistem seperti membuka kedudukan terbalik atau lindung nilai dalam akaun atau syarikat berbeza; perdagangan latensi arbitraj, pengabaian 2 minit scalping dan sebagainya. Tiada bukti akan diberikan.
  11. Keputusan yang dibuat adalah muktamad dan tidak boleh diubah.
  12. FxCitizen berhak mengubah peraturan atau menghentikan acara tanpa sebarang notis dan alasan.
  13. Klien bertanggungjawab untuk membaca dan memahami terma & syarat dan ia adalah wajib untuk mengikutinya.