FOREX

ANALISIS FUNDAMENTAL

Sesiapa yang ingin berdagang dalam pasaran Forex haruslah memahami sifat sebenar pasaran dan potensinya untuk mendapat keuntungan. Analisis fundamental mengambil kira pelbagai jenis indikator ekonomi yang menunjukkan kekuatan ekonomi, iklim politik semasa sesebuah negara dan bagaimana mereka mempengaruhi pergerakan harga mata wang dalam pasaran Forex. Analisis indikator ekonomi, faktor sosial dan polisi kerajaan bagi suatu kitaran perniagaan boleh meramalkan pergerakan harga dan trend pasaran. Asas mana-mana negara terletak pada kombinasi faktor seperti pengaruh sosial, politik dan ekonomi. Ia adalah mungkin untuk meramalkan keadaan ekonomi tetapi harga pasaran tidak mungkin diramalkan dengan analisis fundamental. Maka, ia mampu membantu pedagang menghasilkan suatu pelan tindakan tertentu berkenaan cara menggunakan maklumat tersebut sebagai tempat masuk dan keluar dalam strategi perdagangan tertentu. Keadaan ekonomi dalam mata wang untuk negara asal bersama-sama beberapa faktor lain adalah elemen yang diperlukan untuk kriteria fundamental ini.

Aktiviti perniagaan dijelaskan dengan kitaran perniagaan yang berkala. Kitaran perniagaan terdiri daripada empat tahap iaitu: pemulihan (atau pengembangan), puncak, pengecutan (atau kemelesetan) dan dasar. Pertumbuhan aktiviti perniagaan, peningkatan dalam permintaan dan pengeluaran serta pengembangan pekerjaan boleh diperhatikan semasa fasa pengembangan. Biasanya, kadar faedah meningkat semasa fasa ini disebabkan peminjaman wang oleh perniagaan dan pengguna untuk pengembangan masing-masing. Pada puncak kitaran perniagaan, jumlah permintaan untuk barangan semakin meningkat berbanding dengan bekalan yang ditawarkan. Oleh itu, keadaan ini kemudiannya akan diikuti oleh peningkatan harga dan menyebabkan inflasi. Keadaan ini mengurangkan kuasa pelanggan untuk membeli. Disebabkan oleh peningkatan harga, permintaan telah berkurangan dan ekonomi telah meleset. Proses ini kini sedang memasuki fasa kemelesetan. Semasa tempoh deflasi, aktiviti ekonomi adalah rendah. Kadar pengangguran telah dirangsang untuk meningkat maka, permintaan semakin berkurangan. Keadaan ini biasanya diikuti oleh pengurangan harga yang berubah kepada deflasi. Fasa dasar akan berlaku selepas itu. Deflasi dinyatakan sebagai proses pengurangan harga yang kuat dan berpanjangan. Akhirnya, tuntutan akan mula meningkat lagi akibat daripada harga yang rendah dan syarat untuk memasuki fasa pengembangan telah diwujudkan.

Aspek lain yang penting dalam analisis fundamental adalah kalendar ekonomi. Ia telah dihasilkan oleh ahli ekonomi yang meramalkan statistik dan nilai ekonomi berdasarkan data sejarah bulan sebelumnya. Angka ekonomi akan datang telah diramalkan sebelum mereka diumumkan dan sebaik sahaja diumumkan, angka tersebut akan dibandingkan dengan ramalan yang dipersetujui. Kalendar Ekonomi menggunakan zon waktu GMT memandangkan ia menyeragamkan waktu dan terdiri daripada kebanyakan indikator ekonomi utama untuk dagangan mata wang yang terkenal. Dalam kalendar ekonomi, pengumuman bagi setiap acara mempunyai suatu faktor yang penting. Pasaran akan menjadi tidak menentu serta-merta apabila berita diterbitkan jika data mempunyai kepentingan yang lebih banyak. Ketidaktentuan tersebut bergantung kepada tahap positif atau negatif data sebenar apabila dibandingkan dengan data ramalan. Dalam erti kata lain, jangkaan pasaran terhadap suatu indikator juga signifikan dalam kalendar ekonomi. Apabila maklumat baru tertentu telah diumumkan, ia akan mempunyai impak yang besar terhadap pesaran hanya jika ia berbeza daripada jangkaan. Khususnya, data ekonomi berkaitan indikator AS cenderung untuk mendatangkan impak paling besar memandangkan Dolar AS terlibat dalam 80% daripada semua dagangan Forex. Justeru itu, pedagang harus sentiasa bersiap sedia untuk bertindak apabila angka telah diterbitkan. Maka, pedagang harus mengambil kira pengumuman berita ekonomi akan datang dan menganalisa cara mereka boleh mempengaruhi dagangannya. Model yang menggabungkan data empirikal adalah strategi yang baik di sini. Ia menunjukkan perkara yang mungkin berlaku apabila pengumuman ekonomi tertentu dibuat. Dengan menggunakan kaedah ini, pedagang boleh mengenali cara berita boleh mempengaruhi dagangannya dan kemudian, cuba untuk mengurangkan impak jangka pendek dengan penggunaan poin masuk dan keluar yang betul. Indikator makroekonomi adalah laporan ekonomi penting yang diterbitkan pada jangka waktu tetap yang menggambarkan perincian prestasi ekonomi sesebuah negara sama ada ia telah bertambah baik atau telah merosot. Beberapa senarai indikator makroekonomi yang mempunyai impak paling signifikan dalam pasaran serta selalu tersedia di dalam kalendar adalah:

  1. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
  2. Keluaran Negara Kasar (KNK)
  3. Kadar Gaji Bukan Ladang/ Pekerjaan
  4. Laporan inflasi
  5. Imbangan dagangan
  6. Data perumahan

Laporan suku tahunan ini adalah ukuran keseluruhan output ekonomi sesebuah negara. Ia adalah nilai pasaran bagi kesemua perkhidmatan dan produk akhir yang dihasilkan dalam sempadan sesebuah negara. Ia seringkali dikaitkan secara positif dengan taraf hidup. Keluaran Dalam Negara Kasar tertakluk di bawah akaun nasional, iaitu sebuah subjek dalam makroekonomi. Maka, ia adalah indikator bagus untuk mengukur kekuatan ekonomi sesebuah negara. Indikator ini terdiri daripada jumlah perbelanjaan penggunaan, pelaburan, kerajaan dan perdagangan bersih (eksport – import).

Dalam konteks global, KDNK dan KNK adalah terma yang sama. Satu-satunya perbezaan adalah KDNK mentakrifkan skopnya mengikut lokasi manakala KNK mentakrifkan skopnya mengikut pemilikan. KNK adalah perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh perusahaan yang dimiliki oleh rakyat sesebuah negara. Keluaran Negara Kasar juga merupakan salah satu indikator utama bagi aktiviti ekonomi. Ia juga dikeluarkan pada setiap suku tahun.

Ia adalah statistik bulanan berpengaruh dikeluarkan yang mendedahkan jumlah gaji yang dikeluarkan di sesebuah negara untuk jawatan yang tidak meliputi industri pertanian. Laporan bulanan ini juga meliputi anggaran purata minggu bekerja dan purata pendapatan mingguan bagi semua pekerja bukan ladang. Ia adalah indikator bagus untuk mengukur kekuatan ekonomi sesebuah negara. Statistik ini dikeluarkan pada Jumaat pertama setiap bulan. Jika anda sedang berdagang dalam pasaran, anda harus berhati-hati semasa berdagang apabila pengumuman berita ini dikeluarkan.

Inflasi adalah kadar peningkatan tahap umum harga bagi produk dan perkhidmatan dalam ekonomi buat suatu tempoh masa. Ia mempunyai kaitan langsung dengan kuasa membeli sesebuah negara dalam sempadannya dan kedudukan negara dalam pasaran antarabangsa kerana apabila tahap umum harga meningkat, setiap unit mata wang membeli produk dan perkhidmatan yang lebih sedikit. Maka, ia adalah antara indeks yang diikuti dengan rapat oleh pedagang Forex. Contoh data ekonomi yang mengukur inflasi adalah Indeks Harga Konsumer (IHK), Indeks Harga Pengeluar (IHP) dan sebagainya. IHK adalah berdasarkan pertimbangan tahap harga produk dan perkhidmatan yang diguna oleh pengguna. Produk yang terlibat tidak meliputi sektor makanan dan tenaga memandangkan mereka terlalu tidak stabil. Indeks disediakan pada setiap bulan dan adalah panduan bagus untuk mengetahui tahap inflasi sesebuah negara. IHP mengukur tahap purata harga untuk modal, sewa dan barangan yang diperlukan oleh pengeluar untuk mengeluarkan produk mereka. IHP mengukur harga pada tahap pengeluar manakala IHK mengukur harga dari pandangan pelanggan. Inflasi boleh mendatangkan kesan positif dan negatif terhadap ekonomi pada masa yang sama. Cara mengurangkan inflasi adalah dengan meningkatkan kadar faedah dan kadar faedah lebih tinggi cenderung untuk menyokong mata wang tempatan. Namun, peningkatan harga bahan mentah seperti minyak mentah boleh meningkatkan tekanan kos pengeluaran bagi industri yang kemudiannya akan mengurangkan output produktiviti ekonomi. Inflasi mengurangkan nilai sebenar wang dan barangan lain dengan sifat kewangan tersirat (Contoh: pinjaman dan bon). Namun, inflasi tidak mempunyai sebarang kesan terhadap nilai sebenar barangan yang tidak bersifat kewangan (Contoh: emas dsb)

Imbangan dagangan adalah perbezaan antara nilai kewangan bagi output eksport dan import dalam ekonomi buat suatu tempoh masa. Ia adalah hubungan antara import dan eksport sesebuah negara. Barangan yang didagangkan mungkin meliputi makanan, bahan mendah, bekalan perindustrian, barangan konsumer dan barangan lain. Imbangan dagangan yang positif dikenali sebagai lebihan perdagangan memandangkan ia terdiri daripada barangan yang dieksport melebihi yang diimport; imbangan negatif dirujuk sebagai defisit perdagangan. Defisit perdagangan, secara umumnya, bermaksud mata wang lemah. Tambahan pula, imbangan dagangan barangan berkaitan dengan perubahan dalam pasaran pertukaran asing. Pengeksport akan kehilangan kelebihan daya saing dalam pasaran antarabangsa jika kadar mata wang adalah tinggi. Maka, kadar mata wang mungkin diturunkan nilainya melalui pelarasan yang dibuat oleh pusat bank.

Maklumat perumahan boleh menjadi alat ukuran yang bagus untuk ekonomi sesebuah negara. Jika data perumahan adalah bagus, ia menunjukkan bahawa nilai mata wang akan turut meningkat. Data perumahan sentiasa dikeluarkan dalam bentuk pengumuman berita. Daripada data perumahan, anda boleh mengetahui jumlah rumah baru yang telah dibina dan jumlah rumah sedia ada yang telah dijual atau masih berada di bawah kontrak.

Pergerakan mata wang adalah berdasarkan kepada faktor ekonomi, politik, alam sekitar, faktor lain yang berkenaan dan statistik yang akan mempengaruhi permintaan dan penawaran asas. Oleh itu, pemahaman asas tentang permintaan dan penawaran adalah penting kerana ia membekalkan maklumat tentang cara acara politik dan ekonomi mempengaruhi pasaran mata wang. Penganalisis fundamental Forex mengenal pasti faktor yang menentukan nilai intrinsik sesuatu instrumen kewangan. Keseimbangan permintaan dan penawaran pasaran membentuk harga mata wang. Jika terdapat pengurangan dalam penawaran tetapi tahap permintaan masih kekal sama, maka harga pasaran akan meningkat. Peningkatan dalam penawaran pula menghasilkan kesan yang bertentangan. Kadar faedah dan kekuatan keseluruhan ekonomi adalah dua faktor utama yang mempengaruhi keseimbangan permintaan-penawaran.

Keadaan kewangan adalah amat penting bagi penyelidikan fundamental. Perubahan dalam dasar kewangan kerajaan atau fiskal semestinya berkait rapat untuk menjana perubahan di dalam ekonomi dan akan ditonjolkan dalam kadar pertukaran. Kawalan bekalan wang dan kredit dalam ekonomi adalah matlamat umum dasar kewangan. Kadar faedah turut terjejas oleh proses ini. Minat utama dasar kewangan adalah untuk mengawal inflasi. Apabila kadar intflasi tinggi, pusat bank akan cuba mengurangkannya dengan memanfaatkan kadar faedah. Apabila kadar faedah telah meningkat maka mata wang akan stabil. Pusat bank adalah pemain paling berpengaruh dalam keadaan ini memandangkan pusat bank yang menetapkan kadar faedah. Pedagang saham menilai nilai kewangan intrinsik sesebuah syarikat yang didagangkan secara awam dengan menganalisis pernyata imbangan, hutang dan statistik aliran wang tunainya. Namun, kebanyakan pedagang Forex menumpukan kepada perkara seperti perbezaan kadar faedah bank pusat (iaitu perbezaan antara kadar faedah pinjaman seperti yang ditetapkan oleh pusat bank di negara yang berbeza). Tambahan pula, peningkatan dalam kadar faedah dalam sebuah negara boleh mengukuhkan mata wang tempatannya.

Kedua-dua berita tempatan dan global adalah faktor utama yang mempengaruhi pasaran mata wang. Walaupun berita daripada sektor kewangan seperti kadar faedah dan KDNK mempunyai pengaruh paling kuat, namun, acara utama lain juga boleh mempengaruhi pasaran dan berita bukan kewangan boleh mengejutkan dan pada masa yang sama mempunyai pengaruh yang besar terhadap pasaran. Keadaan politik juga mempengaruhi pasaran Forex terutamanya kecemasan yang tiba-tiba berlaku dan tidak dirancang. Nilai mata wang mungkin menyusut apabila pilihan raya umum negaranya semakin dekat disebabkan oleh ketidakpastian keadaan politik yang tinggi dan kesusahan untuk membuat ramalan. Pedagang perlu menyesuaikan tindakan mereka dengan setiap acara. Bencana alam seperti kemusnahan yang diakibatkan oleh Taufan Katrina atau kejadian tumpahan minyak di Teluk Mexico 2010 yang juga dianggap sebagai acara yang tidak dijangka yang mungkin mempengaruhi kadar pertukaran mata wang asing. Malah, acara yang dirancang seperti persidangan antarabangsa untama di sesebuah negara tertentu mungkin membantu meningkatkan mata wang tempatan juga disebabkan oleh peningkatan dalam keyakinan pelabur.