FAQ
- Bagaimanakah saya membuka akaun?
- Pendaftaran bagi akaun Cent/ Standard FxCitizen adalah cepat dan mudah. Pendaftaran atas talian hanya mengambil beberapa minit untuk siap. Anda boleh mengakses pautan berikut: Daftar Akaun Langsung
- Bagaimana saya mengetahui akaun telah dibuka?
- Sebaik sahaja akaun anda telah disahkan, anda akan menerima emel pengesahan dengan maklumat dan kata laluan akaun dagangan anda.
*Sila jangan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga.
- Sebaik sahaja akaun anda telah disahkan, anda akan menerima emel pengesahan dengan maklumat dan kata laluan akaun dagangan anda.
- Bolehkah saya mengubah borang pendaftaran saya selepas ia dihantar?
- Ya, boleh. Jika anda perlu mengubah mana-mana maklumat dalam borang pendaftaran, anda boleh berbuat demikian. Anda hanya perlu menghantar kepada kami maklumat yang ingin diubah melalui emel [email protected]
- Berapa lama masa yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran bagi Akaun Langsung?
- Ia bergantung kepada kepantasan anda membekalkan kami dengan dokumen sokongan yang diperlukan. Sebaik sahaja dokumen lengkap telah dihantar, kami akan menghubungi anda dalam tempoh 48 jam. Jika anda tidak menerima sebarang maklum balas daripada kami dalam tempoh 3 hari bekerja, sila emel kami di [email protected] untuk memeriksa sama anda maklumat anda telah diterima oleh kami.
- Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran akaun?
- Dokumen sokongan mesti mengandungi maklumat berikut:
- Salinan dokumen rasmi dengan gambar Pasport/ Lesen Memandu/ Kad Pengenalan Nasional
- Bukti penempatan yang bertarikh dalam tempoh 6 bulan untuk alamat Kenyataan Bank/ Bil Utiliti (Elektrik, Telefon) / Bil Insurans dll
- Kami tidak boleh menerima dokumen yang tidak mengandungi mana-mana maklumat di atas. Anda boleh memuat naik dokumen tersebut melalui kabinet pedagang anda atau menghantar dokumen sebagai imej yang telah diimbas (JPEG, GIF, DOC atau PDF- tiada perlindungan kata laluan) kepada jabatan akaun kami di [email protected]
- Dokumen sokongan mesti mengandungi maklumat berikut:
- Bagaimana jika bil utiliti saya tidak berada di bawah nama saya?
- Kami tidak menerima sebarang dokumen yang tidak mengandungi atau mengesahkan nama penuh dan alamat kediaman semasa anda. Ia juga mesti bertarikh dalam tempoh 6 bulan lepas dan mesti telah dihantar ke alamat kediaman semasa anda melalui pos memandangkan kami tidak menerima sebarang kenyataan atas talian.
- Adakah anda akan menerima pasport saya tanpa perakuan?
- Ya, dalam kebanyakan kes, kami menerima pasport yang boleh dibaca mesin tanpa perakuan.
- Bolehkah saya membuka akaun bersama?
- Ya, boleh, hanya mendaftar seperti biasa dengan akaun bank bersama iaitu satu-satunya yang akan diterima.
- Mengapa saya mesti mengesahkan dokumen saya?
- Sebagai sebuah firma yang diregulasi, kami mempunyai prosedur tertentu untuk mengenal pasti klien kami dan kami mengambil pendekatan yang berisiko terhadap hal ini. Objektifnya adalah untuk mengelakkan penipuan pemalsuan identiti dilaksanakan terhadap klien kami dan seiringa dengan Undang-undang Antarabangsa terhadap Pengubahan Wang Haram. Senarai negara yang tidak memerlukan dokuman yang disahkan boleh dilihat di bawah:
- United Kingdom
- Kesatuan Eropah
- Australia
- Kanada
- Hong Kong
- Jepun
- New Zealand
- Norway
- Singapura
- Afrika Selatan
- Switzerland
- Sebagai sebuah firma yang diregulasi, kami mempunyai prosedur tertentu untuk mengenal pasti klien kami dan kami mengambil pendekatan yang berisiko terhadap hal ini. Objektifnya adalah untuk mengelakkan penipuan pemalsuan identiti dilaksanakan terhadap klien kami dan seiringa dengan Undang-undang Antarabangsa terhadap Pengubahan Wang Haram. Senarai negara yang tidak memerlukan dokuman yang disahkan boleh dilihat di bawah:
- Jika saya ingin membuka lebih daripada satu akaun, adakah saya perlu melengkapkan borang pendaftaran lain dan menghantar dokumen ID?
- Tidak, anda hanya perlu melog masuk ke dalam kabinet pedagang anda dan membuka akaun dagangan baru di dalamnya.
- Saya telah menghantar maklumat daripada muka pertama borang ‘Pendaftaran Akaun Langsung’ tetapi saya tidak menerima emel dengan kata kod untuk terus mengisi muka kedua. Apakah yang harus saya lakukan?
- Kadang-kala, program spam mungkin menganggap emel kami sebagai spam. Ia mungkin membantu jika anda mengubah tetapan program pengesanan spam anda. Anda mungkin boleh cuba mengubah borang pendaftaran semula dengan menggunakan alamat emel yang lain.
- Bolehkah saya menguruskan pelbagai akaun dalam MetaTrader 4?
- Pengurus Akaun Pelbagai (MAM) membenarkan anda menguruskan pelbagai terminal pada masa yang sama. Dalam Akaun Pengurus MAM, anda boleh melog masuk sekali dan menguruskan pelbagai akaun pada masa yang sama. Kami akan menyediakan kemudahan Pengurus Akaun Pelbagai (MAM) semasa pendaftaran. Sila emel ke [email protected].
- Bolehkah saya membuka dua atau lebih akaun langsung dan dalam mata wang berbeza?
- Ya, anda boleh memiliki pelbagai akaun tetapi deposit anda hanya akan muncul dalam Dolar AS.
- Adakah akaun langsung saya akan ditutup juka ia mempunyai baki sifar?
- Tidak, kami tidak akan menutup akaun anda. Anda boleh memiliki akaun yang berfungsi walaupun dengan baki akaun sifar.
- Adakah anda menawarkan akaun tanpa swap?
- Ya, kami menawarkan akaun tanpa swap bagi akaun Cent/ Standard. Akaun tanpa swap tidak perlu menanggung bayaran atau yuran faedah.
- Adakah mungkin untuk mengakses Akaun Langsung saya dari komputer berbeza?
- Ya, ia mungkin untuk melog in akaun langsung dan/atau akaun dagangan anda daripada mana-mana komputer yang telah memuat turun platform MetaTrader 4. Anda boleh melog in daripada beberapa komputer pada masa yang sama.
*Sila berhati-hati dengan kata masuk dan kata laluan anda. Jika anda menyimpan kata laluan MetaTrader anda di komputer tertentu, sesiapa yang mempunyai akses kepada komputer tersebut boleh berdagang di akaun anda.
- Ya, ia mungkin untuk melog in akaun langsung dan/atau akaun dagangan anda daripada mana-mana komputer yang telah memuat turun platform MetaTrader 4. Anda boleh melog in daripada beberapa komputer pada masa yang sama.
- Saya telah kehilangan kata laluan akaun saya? Apakah yang harus saya lakukan?
- Untuk memulihkan kata laluan akaun dagangan, sila hubungi Pasukan Perkhidmatan Klien Langsung atau emel kami di [email protected] dengan membekalkan maklumat berikut:
- Akaun dagangan
- Nama penuh seperti yang didaftarkan
- Alamat emel seperti yang didaftarkan
- Nombor ID/ Pasport
- Untuk memulihkan kata laluan akaun dagangan, sila hubungi Pasukan Perkhidmatan Klien Langsung atau emel kami di [email protected] dengan membekalkan maklumat berikut:
- Bagaimana hendak mengubah kata laluan saya?
- Sila log masuk kabinet dagangan anda dan anda boleh mengubah kata laluan anda di sana. Untuk tujuan sekuriti, kami menggalakkan anda mengubah kata laluan anda sekali setiap bulan.
- Bagaimanakah saya membuka Akaun Demo?
- Untuk membuka akaun Demo, muat turun dan daftar platform dagangan MT4 FxCitizen. Jalankan platform dan pergi kepada ‘Fail’ dan pilih buka akaun. Masukkan butiran anda untuk pembukaan akaun demo dan anda boleh berdagang secara demo dengan segera. Anda boleh mengakses pautan berikut: Panduan Akaun Demo.
- Apakah perbezaan antara akaun demo dan langsung?
- Akaun demo adalah akaun alam maya yang sesuai untuk mereka yang baru untuk mempelajari asas tentang Forex. Syarat akaun demo adalah sama dengan akaun langsung: pelaksanaan pesanan, teknologi, sebut harga, bekerja dengan pesanan- segala-galanya adalah sama dengan akaun langsung.
- Jika saya tidak ingin Akaun Demo saya untuk luput, apakah yang harus saya lakukan?
- Akaun Demo anda akan kekal terbuka selama-lamanya, kecuali jika tiada aktiviti dagangan bagi tempoh 90 hari. Dalam keadaan itu, akaun demo akan dipadamkan secara automatik oleh pelayan kami.
- Saya telah lupa kata laluan akaun demo sama. Bagaimana?
- Kata laluan akaun demo tidak boleh dipulihkan. Jika anda menyimpan mel dalaman dengan data pendaftaran akaun demo anda, anda boleh mendapatkan kata laluan anda dari sana. Jika tidak, anda harus membuka akaun demo baru.
- Bagaimana saya hendak menambah dana kepada akaun demo?
- Ia mustahil untuk mendeposit ke dalam akaun demo. Anda boleh membuka akaun Langsung FxCitizen untuk berdagang secara langsung.
- Bagaimanakah saya hendak mengubah leveraj di akaun demo saya?
- Akaun demo tidak dibenarkan untuk mengubah leveraj. Jika tidak, anda haruss membuka akaun demo yang baru.
- Perlukah saya memberikan maklumat kontak yang sah? Saya tidak ingin menerima sebarang Spam.
- Maklumat klien amat penting bagi kami. Jika anda memberikan maklumat yang tidak tepat maka akaun anda mungkin dipadamkan. Kami tidak mungkin mendedahkan maklumat anda kepada mana-mana pihak ketiga tetapi akan menggunakannya untuk memaklumkan anda tentang perubahan penting yang mungkin mempengaruhi akaun anda.
- Apakah sebaran bagi akaun Demo MT4?
- Sebaran Demo kami adalah tetap dan sama dengan akaun langsung, jika anda memerlukan sebaran umum dan minimum untuk akaun Cent dan Standard, sila klik sini.
- Bagaimanakah saya hendak membuat deposit?
- FxCitizen menawarkan klien kami beberapa pilihan. Anda boleh memindahkan dana anda kepada akaun dagangan anda sama ada melalui kad kredit, rizab pertukaran asing atau melalui deposit wayar bank.
- Deposit Kad Kredit Untuk memindahkan dana kepada akaun dagangan anda melalui kad kredit, anda boleh log masuk ke dalam kabinet dagangan anda dan klik ‘Kad Kredit’ untuk membuat deposit. Apabila menggunakan kad kredit untuk memindahkan dana, pastikan kad tersebut sama ada VISA atau MASTER yang telah didaftarkan di bawah nama anda.
- Rizab Pertukaran Asing Untuk memindahkan dana kepada akaun anda melalui RIzab Pertukaran Asing, anda boleh log masuk ke dalam kabinet dagangan anda dan klik ‘Kad Kredit’ untuk membuat deposit. Anda perlu menyatakan nombor akaun penerima dan jumlah dana yang ingin anda pindahkan kepada akaun anda dan dana akan terus tersedia untuk kegunaan anda. Deposit minimum dengan rizab pertukaran asing adalah $1 USD.
- Deposit Wayar Bank Untuk memindahkan dana melalui wayar bank, anda boleh log masuk ke kabinet dagangan anda dan pilih ‘Kad Kredit’ untuk membuat deposit. Deposit minimum dengan wayar bank adalah $25.
- Bolehkah saya mendeposit wang dengan PayPal, E-gold atau pembayaran Internet lain?
- Tidak buat masa ini. Kami masih dalam proses untuk mengembangkan metod deposit kami dengan badan ini.
- Berapa lama dana saya akan dikreditkan ke akaun saya?
- Dana diterima oleh Kad Kredit biasanya dikreditkan dalam satu jam setelah diterima. Deposit yang dibuat dengan kad Kredit anda selepas waktu perniagaan utama 9.00am – 5.00pm waktu New Zealand mungkin tidak akan dikreditkan sehingga hari bekerja seterusnya.
- Dana yang diterima pada waktu siang melalui Wayar Bank akan dikreditkan dalam 3 hingga 5 hari bekerja, namun kami cuba untuk mengkreditkan sebanyak yang mungkin pada hari penerimaan dana.
- Untuk maklumat lebih, sila rujuk kepada: Deposit dan Pengeluaran
- *Ia berlainan mengikut negara dan perhidmatan bank semasa membuat transaksi kepada FxCitizen.
- Adakah akaun langsung saya akan ditutup jika ia mempunyai baki akaun sifar?
- Tidak, kami tidak akan menutup akaun. Anda boleh memiliki akaun langsung yang berfungsi dengan baki akaun sifar.
- Berapa lama yang diambil oleh dana untuk mencapai akaun bank saya?
- Ia bergantung kepada negara yang wang dihantar kepada. Wayar bank standard dalam UK dan EU mengambil masa selama 3 hari bekerja. Wayar bank kepada beberapa negara mengambil masa hingga 5 hari bekerja. Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik sini.
- Bagaimanakah saya hendak memindahkan dana dari satu akaun dagangan kepada akaun lain?
- Jika anda pemegang bagi dua atau lebih akaun dagangan, anda boleh memindahkan dana dari satu akaun dagangan anda kepada akaun lain. Hal ini boleh dilakukan dengan menghantar emel permintaan anda ke [email protected] dan membekalkan butiran berikut:
- – Nama penuh pemilik akaun (seperti yang diberikan semasa mendaftar akaun) – Emel pemilik akaun (seperti yang diberikan semasa mendaftar akaun) -Nombor akaun dagangan penerima -Jumlah bayaran. Pemindahan dalaman hanya mungkin jika akaun penghantar dan penerima dimiliki oleh individu yang sama (iaitu nama pemilik akaun adalah sama bagi kedua-dua akaun)
- Saya memiliki beberapa akaun dagangan maka adakah mungkin untuk memindah dana antara mereka? Adakah anda mengenakan komisen bagi perkhidmatan ini?
- Jika anda pemegang bagi dua atau lebih akaun dagangan, anda boleh memindahkan dana dari satu akaun dagangan anda kepada akaun lain. Hal ini boleh dilakukan dengan menghantar emel permintaan anda ke [email protected] dan membekalkan butiran berikut:
- – Nama penuh pemilik akaun (seperti yang diberikan semasa mendaftar akaun) – Emel pemilik akaun (seperti yang diberikan semasa mendaftar akaun) -Nombor akaun dagangan penerima -Jumlah bayaran. Pemindahan dalaman hanya mungkin jika akaun penghantar dan penerima dimiliki oleh individu yang sama (iaitu nama pemilik akaun adalah sama bagi kedua-dua akaun)
- Tiada yuran atau komisen yang akan dikenakan.
- Adakah deposit dan pengeluaran dana akan dikenakan yuran?
- Tidak, di FxCtizen kami telus dengan segala bayaran kami. Bayaran hanya akan dikenakan bagi perkhidmatan oleh pihak ketiga. Namun, FxCitizen mempunyai transaksi minimum untuk deposit atau pengeluaran dana. Untuk maklumat lebih lanjut, sila pergi ke Deposit dan Pengeluaran.
- Apakah yang harus saya lakukan jika ingin mengeluarkan wang?
- Kami menyediakan beberapa cara untuk kilen mengeluarkan dana. Sila klik sini untuk maklumat lanjut. Untuk mengeluarkan dana, anda harus log masuk kabinet dagangan anda untuk membuat permintaan pengeluaran dengan cara sama yang anda mendeposit dana anda. Duit anda akan dipindahkan ke akaun bank yang didaftarkan dengan kami.
- FxCitizen tidak akan menerima permintaan deposit atau pengeluaran dari pihak ketiga. Nama di akaun dagangan FxCitizen mestilah sepadan dengan nama akaun bagi institusi kewangan lain. Keadaan ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) apabila nama di bank akaun bukan pemegang akaun FxCitzen, akaun perniagaan dan pengesahan kepada FxCitzen.
- Saya telah memindahkan beberapa dana kepada akaun saya di laman web anda tetapi dana tersebut tidak tersedia di akaun saya. Apakah yang harus saya lakukan?
- Anda harus menghubungi Pasukan Perkhidmatan Klien atau menghantar email kepada [email protected] dan bersedia untuk memberikan maklumat berikut:
- Nombor akaun dagangan
- Nombor dompet elektronik
- Jumlah bayaran
- Tarikh bayaran
- Bilangan transaksi (jika berkaitan)
- Anda harus menghubungi Pasukan Perkhidmatan Klien atau menghantar email kepada [email protected] dan bersedia untuk memberikan maklumat berikut:
- Bolehkah saya mengeluarkan wang jika saya memiliki kedudukan terbuka?
- Ya, anda boleh. Namun pada waktu pembayaran, margin bebas anda harus melebihi jumlah yang dinyatakan dalam arahan pengeluaran termasuk kesemua caj bayaran. Margin bebas dihitung sebagai ekuiti tolak margin yang diperlukan (diperlukan untuk mengekalkan kedudukan terbuka).
- Jika anda tidak memiliki margin bebas mencukupi dalam akaun dagangan anda, kami tidak akan melaksanakan permintaan pengeluaran sehingga anda menutup kedudukan dalam akaun anda.
- Apakah jenis mata wang yang boleh saya gunakan untuk mendeposit ke dalam akaun dagangan saya?
- FxCitizen menawarkan akaun dagangan untuk USD. Anda boleh mendeposit wang dengan kami dalam USD, EUR, GBP, CHF atau JPY. Jika anda memindahkan dana dalam GBP ke akaun anda, GBP yang telah dihantar akan ditukarkan ke Dolar AS oleh FxCitizen pada harga semasa antara bank pada waktu tersebut.
- Saya telah memohon pengeluaran tetapi permintaan saya dibatalkan. Mengapa?
-
- Peraturan Polisi Anti Pengubahan Wang Haram telah dilanggar. Anda telah meminta untuk mengeluarkan dana di dalam sistem menggunakan cara bayaran yang berbeza daripada cara anda membuat deposit.
- Sebab lain: Sila hubungi jabatan kewangan di [email protected]
-
- Apakah ‘isi padu’ dalam menu Pesanan Baru dan bagaimanakah ia dihitung?
- Isi padu adalah saiz suatu pesanan dan diukur dalam lot. Untuk FxCitizen, 1 lot bersamaan dengan saiz kontrak $10,000.
- Apakah sejarah akaun?
- Maklumat segala operasi dagangan yang dilakukan telah disimpan di tab “Sejarah Akaun”. Keseluruhan sejarah dipaparkan sebagai suatu jadual dengan maklumat berikut.
- Jika anda tidak melihat sejarah akaun di terminal anda, sila lakukan perkara berikut:
- Periksa tarikh dan waktu sistem komputer anda.
- Klik kanan pada tab sejarah akaun dan pilih “Semua Sejarah”. Dengan cara ini, anda boleh melihat sejarah pada mana-mana tempoh.
- Apakah “Promosi” dan “Permintaan”?
- Ia adalah harga membeli dan menjual berdasarkan sebut harga yang anda lihat apabila membuka atau menutup suatu pesanan. Perbezaan harga antara kedua-duanya dipanggil Sebaran. Kesemua carta dalam terminal dagangan dilihat pada harga “Promosi”. Anda boleh menetapkan terminal anda untuk turut menunjukkan harga Permintaan. Untuk berbuat demikian, tekan F8 di skrin carta dan di tab “Umum”, tandakan di “Tunjuk Garis Permintaan”. Semasa pembukaan pesanan “Beli”, harga terbuka adalah “Permintaan” dan penutupannya adalah “Promosi”. Semasa pembukaan pesanan “Jual”, harga terbuka adalah “Promosi” dan penutupannya adalah “Permintaan”.
- Pesanan henti rugi akan tercapai dan tiada harga berkenaan dalam carta.
- Ia kerap berlaku dengan mereka yang baru dalam kedudukan “Jual”. Ia berlaku apabila pedagang tidak mengambil kira sebaran dalam perhitungannya. Semasa pembukaan pesanan “Jual”, harga terbuka adalah “Promosi” dan harga yang sama ditunjukkan dalam carta. Harga penutupan pesanan “Jual” adalah “Penawaran” iaitu Harga “Promosi” + Sebaran. Anda boleh menetapkan terminal anda untuk turut menunjukkan harga “Permintaan”. Untuk berbuat demikian, tekan F8 di skrin carta dan di tab “Umum”, tandakan di “Tunjuk Garis Permintaan”.
- Apakah «Henti Rugi» (S/L) and «Ambil Untung» (T/P)?
- «Henti Rugi» adalah suatu pesanan yang dikenakan sama ada semasa membuka kedudukan atau selepas kedudukan telah dibuka. Matlamat pesanan ini adalah untuk meminimumkan kerugian, contohnya, selepas harga mencapai suatu nilai yang ditetapkan, kedudukan akan ditutup secara automatik dengan kerugian tetap. Atau dengan keuntungan jika anda menetapkan S/L dengan nilai sifar. «Ambil Untung», umumnya pesanan yang sama tetapi berfungsi sebaliknya, contohnya, selepas harga mencapai suatu nilai yang ditetapkan, kedudukan anda akan ditutup secara automatik dengan keuntungan tetap. Sebagai contoh, jika anda membuka kedudukan panjang (panjang bermakna beli), anda membuka kedudukan beli pada harga Permintaan dan menutupnya pada harga Promosi. Dalam keadaan ini, anda menetapkan “Henti Rugi” pada harga Promosi dan “Ambil Untung” pada harga Permintaan. Dan jika anda membuka kedudukan pendek (pendek bermakna jual), anda membuka kedudukan jual pada harga Promosi dan menutupnya pada harga Permintaan. Dalam keadaan ini, anda menetapkan “Henti Rugi” pada harga Permintaan dan “Ambil Untung” pada harga Promosi. Sekarang, andaikan anda ingin membeli 1 lot GBP/USD. Anda membuka pesanan baru, meminta sebut harga semasa, memilih pasangan mata wang yang diperlukan, memasukkan jumlah dalam lot, menetapkan S/L dan T/P (jika perlu) dan tekan “Beli”. Anda telah membeli pada harga Permintaan 1.2453, yang bermakna Promosi pada ketika itu adalah 1.2450 (sebaran adalah 3 poin). Pesanan “Henti Rugi” boleh ditetapkan di bawah 1.2450. Jika anda menetapkannya pada 1.2400, ia bermakna jika Harga Promosi telah mencapai 1.2400, pesanan anda akan ditutup secara automatik dengan kerugian 53 poin. Pesanan “Ambil Untung” boleh ditetapkan melebihi 1.2453. Jika anda menetapkannya pada 1.2500, maka jika harga Promosi mencapai 1.2500, pesanan anda akan ditutup secara automatik dengan keuntungan 47 poin.
- Apakah pesanan belum selesai “Henti” dan “Had”? Bagaimanakan mereka berfungsi?
- Berikut adalah pesanan yang akan dibuka apabila harga mencapai nilai yang ditetapkan dalam pesanan. Had Beli/ Jual hanya dilaksanakan apabila harga pasaran adalah setara (atau lebih baik) daripada harga yang ditetapkan dalam pesanan. Had Beli biasanya dikenakan di bawah harga pasaran semasa dan Had Jual ditetapkan melebihi harga pasaran semasa.
- Henti Beli/ Jual hanya akan dilaksanakan apabila harga pasaran adalah setara (atau lebih teruk) daripada harga yang ditetapkan dalam pesanan. Henti Beli biasanya dikenakan melebihi harga pasaran semasa manakala Henti Jual ditetapkan di bawah harga pasaran semasa.
- Apakah syarat bagi pesanan S/L, T/P, Henti dan Had?
- Bagi semua pasangan mata wang, harga pesanan mesti berbeza dari harga pasaran semasa (Promosi dan Pesanan, bergantung kepada hala tuju pesanan) untuk sekurang-kurangnya satu saiz sebaran. Anda tidak boleh menempatkan sebarang pesanan belum selesai yang hampir dengan harga pasaran semasa daripada yang dinyatakan dalam perjanjian klien.
- Mengapakah anda menambah (atau menolak) wang untuk kedudukan semalaman?
- Hal ini disebabkan kelanjutan kedudukan telah dilaksanakan melalui operasi peralihan pendek atau swap (Tom/ Spot). Peralihan terdiri daripada 2 corak kontroversial dengan jumlah sama tetapi tarikh berbeza (Tom- esok, Spot- hari bekerja kedua) dan kadar yang sedikit berbeza. Peralihan adalah penutupan buatan suatu kedudukan dan pembukaan serentak kedudukan yang sama pada tarikh seterusnya dengan mengambil kira kadar peratusan antara kedua-dua mata wang.
- Bergantung kepada arah kedudukan (beli atau jual), klien mendapat (atau membayar) suatu jumlah untuk kedudukan peralihan (ia biasanya dari satu persepuluh satu poin kepada beberapa poin). Apabila kedudukan dialihkan daripada Rabu ke Khamis, jumlah adalah tiga kali ganda. Mengapa pelanggan harus membayar untuk kedudukan peralihan? Hal ini disebabkan semasa pembukaan kedudukan, dia telah menerima kredit dalam mata yang dijualnya dan mesti membayar faedah. Pada masa yang sama, dia telah meletakkan mata wang yang dibeli ke dalam deposit dan mendapatkan faedah untuknya juga. Kadar bank untuk mata wang tersebut berbeza, maka, jurang berlaku yang diambil kira semasa kedudukan peralihan. Jika pelanggan menjual mata wang dengan kadar bank lebih tinggi- dia dikehendaki membayar untuk peralihan. Namun jika dia membeli mata wang dengan kadar bank yang lebih tinggi, broker perlu membayarnya untuk peralihan. Biasanya, ia akan dihitung secara automatik.
- Apakah “Panggilan Margin” dan ‘Henti Keluar”?
- Syarikat berhak menutup kedudukan pelanggan tanpa memberitahunya jika ekuiti kurang daripada 30% daripada margin diperlukan (untuk kedudukan terbuka). Jika terdapat beberapa kedudukan dibuka, syarikat akan menutup satu atau beberapa bermula dengan kedudukan yang memiliki kerugian paling besar. Syarat akaun dagangan dikawal oleh pelayan, yang menutup kesemua kedudukan secara automatik jilka tahap margin mencapai 10% (atau kurang) untuk akaun Cent/ Standard. Keadaan ini digelar “Henti Keluar”. Ia dilaksanakan dengan harga semasa pasaran. Untuk akaun langsung, nilainya adalah 100% dan 30%.
- Mengapakah kedudukan saya telah ditutup dengan sendirinya?
- Jelasnya tidak terdapat dana mencukupi dalam akaun anda untuk mengekalkan kedudukan terbuka. Sebaik sahaja tahap margin mencapai di bawah 30%, pelayan secara automatik akan menutup kesemua kedudukan. Keadaan ini juga dilaporkan dalam fail log dengan komen “henti keluar”. Jika beberapa kedudukan dibuka, kedudukan pertama yang akan ditutup adalah yang memiliki kerugian terapung paling tinggi.
- Berapa lama saya boleh mengekalkan suatu kedudukan terbuka?
- Anda boleh mengekalkannya secara terbuka selama yang anda ingini tetapi sila ambil perhatian bahawa anda harus membayar swap untuk mengalihkan kedudukan anda setiap malam.
- Apakah tahap “Sokongan” dan “Halangan”?
- Tahap sokongan adalah tahap yang lebih rendah daripada harga semasa pasaran yang mana trend, kononnya, boleh berubah ke atas. Tahap halangan adalah tahap yang lebih tinggi daripada harga semasa pasaran yang mana trend, kononnya, boleh berubah ke bawah.
- Apakah kedudukan jangka panjang dan jangka pendek?
- Umumnya, kedudukan jangka panjang adalah mereka yang seharusnya tahan selama beberapa bulan bahkan bertahun. Jangka pertengahan adalah kedudukan yang matlamatnya seharusnya dicapai dalam 1-3 minggu terdekat. Penggunaan terma tersebut telah tersebar dalam kalangan dana bank dan pelaburan dan ia juga digunakan oleh penganalisis pasaran dalam prognosis mereka. Terdapat skala lain antara pedagang. Pesanan dalam tempoh 1 hari dipanggil “Intraday”, pesana yang berlanjutan selama beberapa hari adalah “jangka pendek”, jangka pertengahan- untuk seminggu atau 2, jangka panjang- untuk sebulan atau lebih. Skala ini, semestinya, tidak rasmi dan disebarkan dalam kalangan pedagang.
- Apakah suatu angka?
- Angka kerap bermakna 100 poin keuntungan atau pergerakan pasaran ke 100 poin. Ia juga turut bermakna beberapa nombor bulat. Contohnya “GBP/USD bergerak melalui angka ke-17” yang bermakna ia melepasi tahap 1.7000.
- Apakah jenis akaun yang sesuai untuk saya?
- Akaun demo dicipta khas untuk membantu mereka yang baru dan pedagang yang tidak berpengalaman dengan pertukaran forex dan sebagainya untuk mengambil langkah pertama ke dalam pasaran tetapi tanpa mengambil risiko keterlaluan.
- Akaun Cent bagus untuk mengalami psikologi pengambilan risiko dalam batasan yang munasabah disebabkan oleh kapita isi padu yang boleh didagangkan.
- Akaun Standard direka untuk pedagang berpengalaman yang ingin mengambil keputusan dagangan yang serius. Tiada kapita untuk isi padu dan terdapat saiz dagangan minimum yang dikenakan.
- Apakah perbezaan antara akaun Cent dan Standard?
- SIla klik sini untuk melihat perbezaan antara Akaun Cent dan Standard.
- Apakah Akaun Cent?
- Akaun Cent membekalkan pedagang baru dengan akses kepada pasaran mata wang dengan sekurang-kurangnya $0.01. Dengan saiz dagangan kecil dan akses kepada pelaksanaan Tanpa Meja Rundingan, akaun Cent menyediakan cara terbaik untuk mempelajari perdagangan mata wang.
- Untuk membuka Akaun Cent, sila klik sini.
- Apakah Akaun Standard?
- Akaun Standard membekalkan pedagang baru dengan akses kepada pasaran mata wang dengan minimum $0.1. Akaun standard menyediakan cara terbaik untuk pakar berdagang dalam pasaran mata wang.
- Untuk membuka Akaun Standard, sila klik sini.
- Adakah terdapat had deposit maksima untuk jenis akaun yang berbeza?
- FxCitizen menawarkan pelbagai jenis akaun. Tiada had untuk deposit maksima tetapi ia digalakkan untuk tidak mendeposit melebihi $5000 USD ke dalam Akaun Cent.
- Apakah kadar yuran dan komisen anda?
- FxCitizen tidak menawarkan komisen. Satu-satunya kos transaksi anda adalah sebaran iaitu perbezaan antara harga Promosi dan permintaan.
- Bolehkan saya menempatkan pesanan melalui telefon?
- Ya, anda boleh berdagang melalui komputer atau platform mudah alih seperti Iphone, Android dan telefon pintar.
- Bolehkan saya menempatkan pesanan melalui emel?
- Tidak, kami tidak menerima dagangan melalui emel. Anda boleh menempatkan pesanan secara atas talian.
- Bagaimanakah saya menghitung keuntungan dan kerugian?
- Andaikan anda membeli GBP (GBP/USD) pada 1.5010 dan menjual Euro pada 1.5020. Jika saiz transaksi adalah 100,000 GBP, anda akan memiliki keuntungan sebanyak $100. ($1.5020 – $1.5010) X 100,000 = $0.001 X 100,000 = $100
- Sama juga apabila anda menjual GBP (GBP/USD) pada 1.5550 dan membeli GBP pada 1.5560, anda akan mengalami kerugian sebanyak $100. ($1.5550 – $1.5560) X 100,000 = – $0.001 X 100,000 = – $100
- Berapa lamakah akaun demo boleh wujud?
- Akaun Demo FxCitizen boleh wujud untuk 90 hari. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.
- Adalah angka prestasi termasuk nilai swap?
- Ya, mereka termasuk nilai swap.
- Berapa banyakkah sistem/ pasangan yang boleh didagangkan dalam akaun demo/ langsung?
- FxCitizen menawarkan 30 pasangan untuk akaun demo dan akaun langsung.
- Adakah akaun demo memiliki fungsi sama dengan akaun langsung?
- Ya, akaun demo memiliki fungsi sama dengan akaun langsung.
- Adakah saya boleh berhenti berdagang pada bila-bila masa?
- Ya, anda boleh menutup kesemua kedudukan anda dan melumpuhkan portfolio anda serta-merta. Anda mempunyai kawalan penuh ke atas akaun anda sepanjang masa.
- Mengapakah terdapat beberapa pasangan yang menunjukkan keuntungan yang kurang daripada pasangan lain walaupun dengan jumlah pip yang sama?
- Keadaan ini bergantung kepada nilai pip bagi suatu pasangan mata wang.
- Bagaimanakah saya boleh melihat dagangan saya?
- Anda boleh melihatnya dari terminal MetaTrader 4 klien.
- Adakah platform membenarkan lindung nilai?
- Ya, sudah semestinya. FxCitizen membenarkan semua pedagang melakukan lindung nilai.
- Jika saya menutup isyarat dagangan, apabila isyarat tiba untuk menutup dagangan, adakah ia akan meletakkan saya di dalam kedudukan terbuka yang baru?
- Tidak, isyarat untuk membuka dan menutup adalah berbeza sama sekali. Jika anda menutup dagangan secara manual, tiada kedudukan yang akan diambil semasa penerimaan pesanan penutupan. Dagangan baru seterusnya yang dibuka akan dilaksanakan oleh anda sendiri.
- Apakah yang akan berlaku jika saya mengubah saiz lot untuk pasangan mata wang yang saya kini mempunyai dagangan terbuka dalam pasangan tersebut?
- Dagangan tersebut akan ditutup dengan saiz lot yang ia dibuka dengan dan dagangan baru akan dibuka yang akan melambangkan tetapan pengurusan wang yang baru.
- Apakah sistem terbaik untuk berdagang dengan?
- Klien membuat keputusan sendiri mengenai sistem yang ingin diguna. Perkara ini mengikut budi bicara klien, kami hanya menyediakan mereka dengan segala alat dan sejarah dagangan untuk mereka membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut berkenaan pilihan pelaburan masing-masing tetapi kami tidak membekalkan nasihat pelaburan.
- Apakah hotkey yang kerap diguna dan paling sesuai dalam MetaTrader 4?
- F9- pesanan baru,
Ctrl + L – tunjuk isi padu di carta,
Ctrl + N – tunjuk skrin navigator,
Ctrl + O – buka ciri-ciri,
Ctrl + T – buka/tutup skrin terminal,
Ctrl + Y – tunjuk pembahagian tempoh di carta,
- F9- pesanan baru,
- Di manakah saya boleh mendapatkan panduan pengguna lengkap untuk MetaTrader 4?
- Terdapat panduan pengguna dalam terminal. Tekan F1 untuk membuka panduan pengguna. Anda boleh memuat turunnya daripada laman web pemaju di http://www.metatrader4.com/traders. Forum pemaja terletak di sini: http://www.metatrader4.com/forum.
- Di manakah saya boleh mendapatkan panduan bahasa MQL untuk pakar dan indikator?
- Panduan atas talian dan forum boleh didapati di sini: http://www.mql4.com.
- Mengapakah saya hanya melihat 4 pasangan mata wang dalam skrin Pemerhatian Pasanan apabila saya mengetahui ia seharusnya terdapat lebih daripada itu?
- Pergi ke pemerhatian pasaran, klik kanan pada mana-mana alat dan pilih “Tunjuk semua simbol”.
- Maklumat akaun rujukan?
- Untuk menjadi rakan gabungan kami, sila rujuk sini. Apabila pelanggan membuka akaun melalui pautan rujukan anda, anda akan mendapat pemberitahuan dalam mel terminal anda. Komisen bagi setiap pesanan pelanggan akan berbeza mengikut kedudukan anda di program FxCitizen.
- Adakah mungkin menggunakan pakar khusus dalam terminal?
- Ya. Untuk memasang pakar baru, anda harus menyalinnya ia ke C:\Program Files\Meta Trader\Experts dan memulakan semula terminal. Selepas itu, anda akan melihat pakar anda di skrin Navigator.
- Di manakah saya boleh memuat turun pakar, indikator atau skrip?
- Anda boleh mendapatkannya di sini: http://codebase.mql4.com/.
- Butang “Pesanan baru” adalah tidak aktif. Adakah akaun saya telah dihalang?
- Jika butang “Pesanan baru” tidak aktif, ia bermakna anda telah log masuk ke dalam akaun anda di bawah kata laluan Pelabur. Log masuk semula ke dalam akaun anda menggunakan kata laluan pedagang. Ia membenarkan pengurusan akaun sepenuhnya; hanya dengannya anda boleh membuka, menutup atau mengubah kedudukan. Ia juga digunakan semasa deposit/ pengeluaran dana untuk pengesahan akaun. Kata laluan pelabur hanya membenarkan akses lihat sahaja.
- Butang “Beli” dan “Jual” adalah tidak aktif. Adakah akaun saya telah dihalang?
- Jika butang “Beli” dan “Jual” tidak aktif, ia bermakna anda telah memilih isi padu salah. Untuk Akaun Cent, isi padu minimum adalah 0.01 lot dan maksimum sebanyak 1 lot. Untuk Akaun Standard, isi padu minimum adalah 0.1 lot dan maksimum adalah 1 lot.Untuk maklumat lanjut, lihat Jenis Akaun.
- Saya tidak boleh log masuk ke dalam akaun dan selalu menerima mesej “Akaun Tidak Sah”. Apakah yang harus saya lakukan?
- Keadaan ini boleh berlaku disebabkan alasan berikut:
1) Anda memasukkan kata laluan tidak tepat.
2) Anda tidak log masuk ke dalam akaun anda untuk tempoh yang lama dan ia telah dipadamkan atau dihalang.
Sila menghubungi [email protected] untuk membuka sekatan akaun.
- Keadaan ini boleh berlaku disebabkan alasan berikut:
- Saya tidak boleh log masuk ke dalam akaun dan selalu menerima mesej “Tiada sambungan”. Apakah yang harus saya lakukan?
- Terdapat beberapa sebab yang mungkin:
1) Anda tiada sambungan internet.
2) Port 443 dihalang dalam jaringan anda.
3) Tembok api anda menghalang port 443. Cuba tambah Metatrader sebagai pengecualian daripada tembok api komputer anda.
- Terdapat beberapa sebab yang mungkin:
- Saya tidak boleh berdagang. Apabila saya cuba membuka pesanan, saya mendapat mesej “Aliran dagangan sibuk”. Apakah yang harus saya lakukan?
- Mesej ini muncul apabila operasi dagangan telah gagal (Contoh, apabila anda cuba membuka pesanan baru apabila pesanan lepas belum diproses), disebabkan kegagalan sambungan pelayan. Untuk memadamkan barisan pertanyaan, anda diperlukan untuk memulakan semula (reboot) terminal anda.
- Apakah waktu yang saya lihat dalam MetaTrader saya?
- Zon waktu pelayan platform dagangan kami adalah GMT+2. Kesemua dagangan, pesanan belum selesai dan data bersejarah akan selalunya ditunjukkan sebagai GMT+1. Waktu yang anda lihat dalam skrin Pemerhatian Pasaran adalah waktu sebut harga terkini.
- Bolehkah saya mengubah zon waktu dalam MetaTrader?
- Tidak, zon waktu pelayan kami sentiasa dalam GMT+2. Dalam zon ini, kami mengelakkan bar lilin kecil pada hari Ahad yang membenarkan pelaksanaan analisis teknikal dan ujian kembali dengan lancar dan terus.
- Bolehkah anda menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan “Saiz Lot”?
- 1 lot standard pasaran adalah 100,000 unit mata wang asas. Namun di FxCitizen, 1 lot didefinisikan sebagai 10,000 unit mata wang asas. Maka, 0.1 daripada 1 lot adalah 1,000 unit mata wang asas (ia adalah saiz lot minimum bagi Akaun Standard) 0.01 lot daripada 1 lot adalah 100 unit mata wang asas (ia adalah saiz lot minimum bagi Akaun Cent) Mata wang asas adalah mata wang pertama dalam pasangan mata wang.
- Apakah waktu dagangan anda?
- Forex adalah OTC (tiada kaunter dan dilakukan secara langsung antara dua pihak) pasaran maka tiada sesi dagangan yang tetap. Jika anda mempunyai akaun dengan kami, anda boleh berdagang dari 22:00 Ahad hingga 22:00 Jumaat. Pasukan Perkhidmatan Klien kami bekerja 24/7 unuk membantu anda.
- Apakah saiz kontrak minimum?
- Akaun Cent: Saiz kontrak minimum adalah 0.01 lot iaitu 100 unit mata wang asas. Akaun Standard: Saiz kontrak minimum adalah 0.1 lot iaitu 1,000 unit mata wang asas. Untuk maklumat lanjut, sila lihat sini: Jenis Akaun.
- Apakah sebaran yang ditawarkan?
- Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada halaman Sebaran.
- Adakah anda menjamin Henti Rugi?
- Pelaksanaan pesanan dijamin di bawah keadaan pasaran biasa tetapi tidak dijamin di bawah keadaan pasaran tidak normal. Di bawah keadaan pasaran tidak normal atau apabila tahap pesanan jatuh dalam lingkungan jurang harga pada pembukaan pasaran, pesanan dilaksanakan pada sebut harga yang ditunjukkan dalam aliran sebut harga semasa proses pelaksanaan pesanan. Henti beli, henti jual atau henti rugi dilaksanakan pada tahap kurang memanfaatkan untuk pelanggan; had beli, had jual atau ambil untung dilaksanakan pada tahap yang lebih memanfaatkan pelanggan.
- Adakah anda mempunyai batasan terhadap scalping/ lindung nilai?
- Lindung nilai dibenarkan.
- Saya ingin berdagang melalui siaran berita dan pasaran yang tidak menentu, adakah ia suatu masalah?
- Tidak, FxCitizen amat menjurus kepada perdagangan aktif. Sila rujuk kepada Perjanjian Klien kami berkenaan pelaksanaan pesanan dan sebaran di bawah keadaan pasaran tidak normal. Anda harus mempertimbangkan risiko berdagang dalam pasaran yang mempunyai turun naik yang tinggi.
- Seberapa dekat manakah dengan harga semasa yang saya boleh tempatkan pesanan henti dan had?
- Had dan henti mesti ditetapkan sekurang-kurangnya 5 pip daripada harga pasaran semasa.
- Bolehkah saya menempatkan pesanan henti ketinggalan?
- Ya, anda boleh. Sila ambil perhatian bahawa henti ketinggalan akan menjadi tidak aktif apabila anda log keluar dari MetaTrader.
- Adakah henti ketinggalan akan kekal aktif apabila saya menutup komputer?
- Tidak, henti ketinggalan dikekalkan secara tempatan di mesin anda maka ia memerlukan platform MetaTrader 4 anda untuk kekal terbuka dan disambungkan kepada Internet. Jika anda memutuskan sambungan MetaTrader 4 kepada sistem, sebarang henti ketinggalan akan ditukarkan kepada henti atau had keras.
- Bolehkah saya membuka kedudukan panjang dan pendek untuk instrumen sama pada masa yang sama?
- Ya, anda boleh. Ia dipanggil “kedudukan lindung nilai” atau “padanan” – kedudukan panjang dan pendek saiz transaksi yang sama yang dibuka dengan instrumen sama. Margin diperlukan untuk membuka dan mengekalkan kedudukan sedemikian adalah separuh daripada margin asal biasa bagi setiap transaksi.
- Adakah anda menutup kedudukan terbuka saya dan menempatkan pesanan ketika saya menutup talian saya?
- Tidak, kami tidak akan berbuat demikian. Pesanan belum selesai dan kedudukan terbuka akan kekal di dalam sistem walaupun anda telah log keluar daripada platform dagangan anda. Keadaan ini adalah sama bagi semua jenis pesanan kecuali henti ketinggalan. Henti Ketinggalan akan menjadi tidak aktif apabila anda menutup atau log keluar dari MetaTrader. Pakar Penasihat juga akan menjadi tidak aktif apabila MetaTrader ditutup atau anda tidak log masuk ke dalamnya.
- Adakah FxCitizen mengenakan sebarang komisen?
- Tidak. FxCitizen tidak mengenakan sebarang komisen untuk akaun Cent/ Standard.
- Apakah pasangan mata wang yang anda dagangkan?
- Kami kini menghasilkan isyarat harian bagi 30 pasangan mata wang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk sini.