PERDAGANGAN FOREX

AKAUN DEMO

Akaun demo adalah versi percubaan bagi suatu akaun dagangan langsung. Dengan menggunakan akaun demo, seorang yang baru dengan Forex boleh berlatih berdagang Forex yang bebas risiko dan mengenali ciri-ciri MetaTrader 4.

KENAPA AKAUN DEMO

Sebelum anda berdagang dengan dana sebenar, kami amat menggalakkan anda untuk bermula dalam Forex dengan akaun demo. Ia sememangnya langkah terbaik untuk meneroka platform dagangan dan mempelajari cara melaksanakan dagangan kerana akaun demo mempunyai ciri yang sama dengan akaun langsung. Perbezaan utama adalah akaun demo dibiayai dengan duit simulasi atau maya maka semua keuntungan dan kerugian adalah palsu. Selain orang baru, akaun demo juga boleh membantu pedagang dengan kemahiran Forex kerana ia membenarkan mereka bereksperimen dengan produk dan strategi dagangan yang tidak dikenali.

CARA MEMBUKA AKAUN DEMO

  • Akaun demo hanya boleh dibuka melalui MetaTrader 4.
  • Muat turun fail di sini dan pasang MetaTrader 4
  • Selepas MetaTrader 4 dipasang, anda harus melancarkannya.
  • Kini, anda boleh membuka akaun demo. Di menu atas, pilih Fail –> Buka Akaun.
  • Kini, isikan borang pendaftaran. Pilih jenis akaun yang anda ingin buka dan tetapkan nilai deposit awal untuk akaun demo anda. Jumlah ini akan dikreditkan kepada akaun demo anda secara automatik. Kini, anda mempunyai dana simulasi untuk digunakan semasa latihan anda. Jumlah deposit selalu dinyatakan dalam Dolar Amerika.
  • Selepas semua ruangan dalam borang pendaftaran telah diisi, klik butang “Berikut” . Di skrin yang muncul, anda akan melihat kata aluan dan nombor akaun demo anda. Pastikan anda mengingati atau menyimpan maklumat ini kerana ia tidak boleh diperolehi semula.

FAEDAH BERDAGANG DENGAN AKAUN DEMO

  • Anda akan berlatih kemahiran berdagang dengan Forex
  • Anda akan mempelajari cara menganalisis pasaran Forex
  • Anda mampu menguji dan membaiki strategi dagangan anda dalam cermin pasaran Forex tanpa merisikokan wang anda
  • Anda akan menghasilkan sistem pengurusan risiko anda sendiri
  • Anda akan mengenali segala-galanya tentang MetaTrader 4

Pedagang boleh membuka seberapa banyak akaun demo yang mungkin. Maka anda bebas membuka akaun demo yang lain untuk berlatih strategi dagangan yang baru di MetaTrader 4. Untuk menjadi pedagang profesional yang berjaya, anda tidak perlu bermula dengan pelaburan yang besar. Akaun demo adalah langkah bijak untuk bertapak dalam Forex. Jika anda mampu mengembangkan visi pasaran anda sendiri, kejayaan akan tiba.