AKTIVITI

KEMPEN BMW 7

Sempena sambutan Ulang Tahun ke-7 FxCitizen, kami kini melancarkan Kempen BMW 7 yang memperlihat klien berpeluang memenangi sebuah BMW Siri 7 yang baru; suatu gabungan teknologi baru dan keselesaan yang menawarkan pengalaman mewah kepada kedua-dua pemandu dan penumpang. Kempen akan dijalankan dari 1 Jun 2017 hingga 31 Mei 2018 dan klien yang membuat suatu deposit minimum sebanyak 300 USD dalam tempoh ini berpeluang memandu kereta yang mewah ini. Sertai kami sekarang!

CARA UNTUK MENANG

TERMA & SYARAT

  1. Kempen ini layak disertai oleh semua kategori akaun dan dijalankan dari 1 Jun 2017 hingga 31 Mei 2018.
  2. Satu deposit minimum sebanyak 300 USD diperlukan untuk mendapat tiket bagi menyertai cabutan.
  3. Cabutan akan diadakan pada 1 Julai 2018 dan dijana secara rawak daripada sistem.
  4. Pemenang akan diumum dan diterbitkan di laman web.
  5. Kereta telah dibeli dan disimpan di Munich, Jerman; pemenang dikehendaki memohon pelepasan undang-undang negaranya untuk mengimport kereta tersebut ke negaranya. Segala yuran harus ditanggung oleh pemenang.
  6. Jika pemenang tidak ingin menerima kereta sebagai hadiah, hadiah tunai sebanyak 25,000 USD boleh dipilih.
  7. Keputusan yang dibuat adalah muktamad dan tidak boleh diubah.
  8. FxCitizen berhak mengubah peraturan atau menghentikan acara tanpa sebarang notis dan alasan.
  9. FxCitizen berhak membatalkan ganjaran hadiah atau membatalkan kelayakan mana-mana akaun daripada menyertai cabutan dalam keadaan disyaki atau didapati terlibat dalam penggunaan tidak berhemah atau penyalahgunaan sistem cabutan; jika klien didapati atau disyaki membuka kedudukan terbalik atau lindung nilai dalam akaun berbeza. Tiada bukti yang akan diberikan.
  10. Klien bertanggungjawab membaca dan memahami terma dan syarat yang dinyatakan dan wajib mengikutinya.