POLISI ANTI PENGUBAHAN WANG HARAM

POLISI ANTI PENGUBAHAN WANG HARAM

DEFINISI

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaian Keganasan 2001 (“Akta”) menyatakan tanggungjawab kesemua institusi kewangan untuk mengenal pasti, menghalang dan melaporkan sebarang aktiviti penyamaran wang haram. Di bawah Akta ini, pengubahan wang haram dijelaskan sebagai tindakan mengubah wang atau bahan bernilai lain yang diperoleh daripada aktiviti haram seperti keganasan, pengedaran dadah, perdagangan senjata haram, rasuah, pemerdagangan manusia dan lain-lain kepada wang atau pelaburan yang kelihatan sah. FxCitizen berjanji untuk mematuhi peraturan di atas dengan sepenuh perhatian dan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana aktiviti haram yang dinyatakan di atas.

PELAN TINDAKAN

FxCitizen telah mengambil beberapa langkah keselamatan untuk memastikan pematuhan penuh undang-undang dan peraturan antarabangsa berkenaan pengubahan wang haram.

  • Sebelum pembukaan mana-mana akaun dagangan baru, FxCitizen akan mendokumenkan identiti, butiran penempatan, sifat perniagaan dan tujuan pelaburan klien kami dengan mengumpul dan mengesahkan data identifikasi klien.
  • Transaksi deposit yang memperlihat nama klien mestilah sepadan dengan nama klien yang terdapat dalam sistem kami.
  • Dalam perihal pengeluaran, wang hanya boleh dikeluarkan dari akaun sama dan dengan cara sama yang ia telah diterima serta nama penerima haruslah sepadan dengan nama klien yang terdapat dalam sistem kami. Sebagai contoh, jika deposit dibuat melalui pemindahan wayar, dana hanya boleh dikeluarkan dengan pemindahan wayar kepada bank sama dan akaun sama yang ia berasal daripada dan jika deposit dilakukan menggunakan pemindahan mata wang elektronik, dana hanya boleh dikeluarkan dengan cara pemindahan mata wang elektronik melalui sistem yang sama dan daripada akaun yang ia berasal.
  • Pengeluaran oleh pihak ketiga adalah dilarang sama sekali.
  • FxCitizen menyimpan log dan menjejaki setiap butiran transaksi yang dijalankan oleh klien.
  • FxCitizen sentiasa menjejaki sebarang aktiviti transaksi yang mencurigakan dan melaporkan aktiviti tersebut kepada badan penguatkuasa undang-undang. Untuk melindungi integriti sistem pelaporan dan menjamin keselamatan perniagaan, kerangka perundangan telah menyediakan perlindungan undang-undang bagi pembekal maklumat. FxCitizen tidak dibenarkan untuk memaklumkan klien bahawa mereka telah dilaporkan untuk aktiviti yang mencurigakan.
  • FxCitizen berhak menolak pemprosesan pemindahan pada mana-mana tahap apabila transaksi tersebut disyaki mempunyai perkaitan dengan sebarang bentuk pengubahan wang haram atau aktiviti jenayah.

RINGKASAN

Objektif utama pelaksanaan Polisi Anti Pengubahan Wang Haram adalah untuk memastikan klien terlibat dalam aktiviti tertentu yang telah dikenal pasti mengikut piawaian yang munasabah sambil mengurangkan beban dan impak pematuhan bagi klien yang sah. Bagi tujuan ini, FxCitizen telah menubuhkan sistem elektronik yang amat canggih yang mampu untuk menyimpan log dan mengesahkah rekod identiti klien serta menjejaki dan mengekalkan rekod yang terperinci bagi kesemua transaksi.