PROFIL SYARIKAT

TENTANG FXCITIZEN

FxCitizen adalah broker yang hanya melaksanakan Forex, CFD dan Pilihan Binari dan membekalkan klien dengan perkara berkaitan pembelian dan penjualan mata wang dan kontrak pertukaran asing serta sebarang instrumen yang serupa yang sering dirujuk secara kolektif sebagai ‘Kontrak Forex’, CDF dan Pilihan yang boleh dibeli atau dijual oleh atau melalui terminal dagangan atas talian kami- MetaTrader 4 dan Platform Atas Talian Pilihan Binari. Namun, FxCitizen tidak menawarkan produk pelaburan lain dan klien dinasihati untuk menyedari tentang mana-mana skim yang menjamin pulangan yang tinggi.

PROFIL FXCITIZEN

FxCitizen telah diasaskan pada 2010 oleh suatu kumpulan yang mempunyai modal kuat dan veteran yang memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam industri Forex. FxCitizen adalah nama dagangan bagi Universe Citizen Solution Limited yang telah didaftarkan di 115 Jalan Barrack, Tingkat 3, Belize City, Belize. FxCitizen dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan RepublikVanuatu dengan Nombor Lesen 14784. Kami memandang serius budaya peraturan dan pematuhan kami yang teguh.

VISI KAMI

Keselamatan dana klien kami adalah keutamaan kami maka kami telah mengekalkan pengasingan akaun klien di bank terkemuka di dunia. Dana anda semestinya telah diasingkan dan dilindungi daripada keadaan kewangan syarikat. Selain itu, kami sedang bergerak ke arah kecemerlangan perkhidmatan klien dan kecekapan proses pelaksanaan dagangan. Untuk mencapai matlamat tersebut, kami memastikan staf sokongan kami adalah terlatih dan berpengetahuan agar kami mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada klien di seluruh dunia. Dari segi ketepatan terminal dagangan, FxCitizen terlibat dengan bank dan pembekal kecairan terkemuka di seluruh dunia untuk menyediakan Pemprosesan-Secara-Terus (STP) sebut harga yang paling tepat kepada klien. Selain itu, FxCitizen telah menempatkan pelayannya di beberapa lokasi di dunia untuk memastikan pelaksanaan pesanan terpantas dan kestabilan terminal dagangan kami.

Akhir sekali, syarikat kami ghairah untuk mencapai kejayaan dalam pasaran Forex yang membuatkan kami sentiasa berdedikasi untuk membaiki diri kami; sangat komited dan menyampaikan nilai terbaik untuk klien kami.