COMPANY PROFILE

Important: Local Deposit Rate Adjustment for Malaysia Region (BM)

23 January 2017, Monday

Para Pelanggan

Dimaklumkan bahawa bermula dari 1hb Februari 2017 nanti, kadar Depositbagi negara Malaysia akan dinaikkan kepada RM4.4 /USD

Bagi kadar Pengeluaran, terdapat 3 senario yang ditetapkan:

[1]Akaun yang tiada baki, dan deposit dengan kadar baru akan sentiasa dibayar dengan kadar RM4.2 /USD

[2]Akaun yang mempunyai baki tetapi tidak pernah deposit dengan kadar baru akan dibayar dengan kadar lama RM3.8 /USD atau RM3.3 / USD mengikuti kadar deposit yang dibuat sebelum ini

[3] Akaun yang mempunyai baki dan tambah deposit dengan kadar baru akan dibayar dengan seperti yang berikut; baki sebelum deposit akan ditetapkan dengan kadar RM3.8 /USD atau RM3.3 /USD dan baki selepas deposit dengan kadar RM4.2 /USD (amaun deposit baru kena tidak kurang dari 50% daripada baki lama)

  • Contoh 1:A memiliki baki 1000USD dan tambah deposit 1000USD dengan kadar baru dan seterusnya membuat keuntungan 500USD. Pengeluaran penuh akan dibayar 1000USD pertama dengan RM3.8 atau RM3.3 (mengikuti kadar deposit yang dibuat sebelumnya) dan baki berikutnya dengan RM4.2. Baki kadar lama akan sentiasa diutamakan bagi pembayaran sampai semuanya dijelaskan
  • Contoh 2: B memiliki baki 1000USD dan tambah deposit 1000USD dengan kadar baru dan seterusnya rugi 500USD. Pengeluaran penuh akan dibayar 1000USD pertama dengan RM3.8 atau RM3.3 (mengikuti kadar deposit yang dibuat sebelumnya) dan baki berikutnya dengan RM4.2. Baki kadar lama akan sentiasa diutamakan bagi pembayaran sampai semuanya dijelaskan
  • Contoh 3: C memiliki baki 1000USD dan tambah deposit 10USD dengan kadar baru dan seterusnya membuat keuntungan 500USD. Kadar Pengeluaran adalah RM3.8 atau RM3.3 (mengikuti kadar deposit yang dibuat sebelumnya) kerana deposit tersebut dilihat sekadar untuk menaikkan kadar pengeluaran sahaja

Pelanggan dinasihatkan supaya kosongkan baki akaun anda sebelum buat deposit baru atau meminta FxCitizen untuk menyelaras baki USD dalam akaun kepada kadar baru bagi mengelakkan scenario ke 3 yang mengelirukan

Kami ingin memohon maaf jika tertimbulnya kesulitan bagi anda dan mengucapkan terima kasih sebab masih berada dengan kami buat selama 7 tahun FxCitizen beroperasi.

Sekian, Terima kasih